Dapur

Resipi Kuih Talam Tradisional, Mesti Dapat Permukaan Yang Licin & Cantik

55
SHARES

Cara sediakan kuih tradisional pemanis mulut yang menjadi kesukaan ramai iaitu kuih tepung talam, atau lebih tepat dipanggil talam gula merah. Kuih ini mempunyai dua bahagian penyediaan iaitu lapisan gula merah di bawah dan atasnya lapisan santan yang lemak masin.

Apabila dimakan, gabungan rasa manis gula merah dan lemak santan itu memang terbaiklah. Kuih ini sesuai sangat untuk dijual secara tempahan. Hal ini kerana kuih talam ini sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan atau minum petang.

Baca juga: Cara Pilih Buah Lemon Yang Betul Bila Anak Batuk Kahak, Seminggu Sakit Dah Hilang

Resipi bahagian bawah:

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air masak hingga hancur sejukkan
  • 1 setengah cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar air kapur
  • 2 cawan air
  • Air gula merah dengan air campur jadikan 3 cawan

1. Pertama sekali, buat air gula melaka iaitu masukkan gula melaka dan air masak. Kacau sebati, tunggu sehingga sejuk.

2. Air gula melaka tadi dicampur dengan 2 cara air tadi untuk jadikan 3 cawan.

3. Lalu boleh campurkan kesemua bahan di dalam satu bekas tetapi perlulah ditapis terlebih dahulu. Kacau sehingga sebati.

4. Masuk dalam kuali masak hingga naik wap.

5. Masuk dalam loyang dan kukus 15-20 minit.

Resipi bahagian atas

Bahan-bahan: 

  • 2 setengah cawan santan
  • 1 setengah cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

1. Campur kesemuanya bahan diatas. Tapis dahulu tau.

2. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap.

3. Tuang atas bahagian bawah tadi dan kukus dalam 20 minit

Tip utk mukanya cantik

1. Lepas kukus buka tutup biarkan permukaannya atasnya kering. Masa masak jangan sampai terlalu pekat.

2. Naik wap dah memadai nanti tak cantik.

Sumber: Facebook Ruziah Mohd Arshad 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×