Dapur

Resipi Kuih Raya Campuran Kacang Badam & Kuaci Yang Bagus Untuk Kuatkan Memori!

2.1K
SHARES

Di samping membuat persediaan semasa berada dalam bulan Ramadan, persediaan menjelang sambutan Aidilfitri pun perlu difikirkan juga. Sudah semestinya menjadi antara makanan penting semasa lebaran adalah kuih raya! Bagi anda yang mahukan kuih raya yang sedap dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan khasiat, anda boleh cuba biskut raya yang mengandungi kacang almond yang bagus untuk menguatkan memori, kuaci yang mempunyai nutrient Vitamin E dan bijan yang dapat melancarkan sistem penghadaman kita.

RESIPI KUIH RAYA ALMOND DAN KUACI

BAHAN-BAHAN

1. 500g serbuk florenta

2.500g almond slice

3.200g kuaci hijau

4.100g kuaci putih

5.20g bijan putih

6.20g bijan hitam

Kertas cupcake yang licin dalamnya “size L” (ada lapisan plastik biasanya bercorak polkadot) saya guna 60 keping. Senang nanti boleh isi banyak-banyak dulu.

Cara-cara

– Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama 5minit.

– Kemudian bakar kuaci hijau dan putih campurkan dan ratakan dlm dulang 5minit.

– Bijan hitam n putih pun saya bakar 5 minit bagi wangi.

– Sejukkan semua betul-betul ye dan campur semua dalam satu bekas bersama serbuk florenta.

– Gaul sehingga sama rata.

– Sudukan guna sudu besar kedalam cup ratakan. Tak nipis n tak terlalu tebal.

– Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, so bakar yg pertama tu rajin2 tengok ye bila dah kekuningan keluarkan dari oven.

– Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu dan mudah je tanggalkan. Cup boleh guna semula untuk round seterusnya.

– Simpan dalam bekas kedap udara.

– Selesai semua boleh simpan dan guna cup tu buat cupcake untuk raya pula.

Sumber : Zulena Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×