Famili

Resipi Kuetiau Sup Siam Sedap, Memang Rasa Duduk Thailand!

44
SHARES
resipi kuehtiau sup siam

Resipi sup siam yang biasa dinikmati bersama kuetiau, bihun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh @moonietok di halaman TikToknya ini wajib di cuba oleh anda semua.

Baca juga: Resepi Sambal Penyet Viral, Simple Tapi Pedas Menyengat!

RESIPI KUEHTIAU SUP SIAM SEDAP

Bahan-bahannya:

Kuah

– 2 labu bawang putih (dikisar)
– 1 ekor ayam
– 4 sudu besar kicap sotong
– 2 sudu besar kicap cair
– Akar ketumbar
– 1 ketul kiub ayam
– Lada sulah
– Lada hitam
– Air limau

Hiasan dalam kuehtiau

– 1 bungkus kuehtiau
– Pak choy/kankung/ sawi (sayur pilihan anda dicelur)
– Taugeh
– Daun ketumbar
– Kacang tumbuk
– Kek ikan
– Serbuk cili kisar

Cara-caranya:

1. Tumis  bawang putih hingga garing dan wangi.

2. Rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar dan kiub pati ayam

3. Kemudian masukkan lada sulah,lada hitam kicap sotong dan kicap cair.

4. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk. Selepas itu angkat ayam dan carik. Seterusnya perah air limau letak ke dalam sup.

6. Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.

7. Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
Sedap kalau makan masa hujan. Selamat mencuba!

Video penuh:

@moonietok

Kuey teow sup siam lagi. Suami saya setiap minggu memang bergilir antara kuey teow tomyam & kuey teow sup siam 🙄😂 #cooking #cookingtiktok #cookingathometiktoktv #MYFoodie #foodtiktok #supsiam

♬ ZOOM – Jessi

Sumber: TikTok @moonietok

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×