Bulan puasa dah nak dekat, dan waktu bulan puasalah juga yang paling sesuai untuk buat kuih raya kan? Mesti sekarang anda tengah mencari idea biskut apa agaknya yang akan anda buat untuk raya kali ini betul tak? Kalau tak makan untuk musim perayaan pun, kuih atau biskut ini masih boleh dimakan pada hari-hari biasa.
Bukan itu sahaja, anak-anak pun pasti suka untuk mengunyah biskut sewaktu belajar dan menonton televisyen. Oleh itu, jom kita tengok resipi untuk buat biskut Cornflakes Nestum yang sedap dan mudah untuk dibuat ini!
LANGKAH PERTAMA
Bahan-bahan
125gm butter – saya guna twin cows
1/3 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
150gm tepung naik sndiri
1 cwn cornflakes
1/3 cwn nestum
1/4 choc chip/kismis – saya guna mixfruit
LANGKAH KEDUA
Memula ramas cornflakes bagi hancur skit
LANGKAH KETIGA
– Dlm bekas lain satukan butter n gula…whisk smpai berkrim (nk pukul pun boleh)
– Masuk telur dan esen vanila, whisk sebati
– Masuk tepung, whisk lagi sampai sebati
– Masuk cornflakes, nestum dan mixfruit, kacau asal rata
LANGKAH KEEMPAT
Aduanan yang dah siap…biar sekejap dalam 15 minit
LANGKAH KELIMA
– Ambik 1 sudu kecil adunan dan letak atas tray yang dah disapu butter/marjerin
– Jarakkan biskut
LANGKAH KEENAM
Bakar 180 12-15 minit guna api atas bwh
* Sila adjust ikut suhu oven masing2
SIAP!
Selamat mencuba!
Sumber : Nor Izan Mustapa