Dapur

Resepi Sup Ikan Merah / Siakap Tak Hanyir, Tanpa Rempah Instant. Lagi ‘Kick’ & ‘Terangkat’ !

39
SHARES

Kalau anda pernah berkunjung ke Kelantan, ada satu sup ikan yang sangat popular. Resepi sup ikan merah atau ikan siakap ni diadaptasi daripada resepi tersebut.

Bahannya memang mudah dan cara nak buat pun simple.

Yang penting, tak ada bau hanyir dan memang bertambah berselera nak makan.

Jom kami kongsikan resepi sup ikan oleh saudara Haerme Abd Rahman aka HangHungryChef.

Memang menarik resepinya dan unik sebab ia menggunakan rebusan tulang dan rempah sup homemade (tanpa rempah instant).

Kata beliau, rebusan tulang ni lah yang akan menghilangkan bau hanyir ikan dan menjadikannya lebih sedap.

Jom kita sama-sama tengok resepi sup ikan beliau ini selengkapnya.

Resepi Sup Ikan Merah / Siakap Sedap & Simple

Mula-mula kita tengok bahannya dulu ya.

Bahan-bahan

  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • daun sup dan daun bawang
  • cili padi
  • tomato
  • ikan siakap / ikan merah
  • limau nipis
  • tulang lembu 300gm
  • rempah sup homemade* (bahan & cara nak buat rempah sup homemade ni dekat bawah)
*Bahan-bahan untuk rempah sup homemade
  • biji ketumbar 1/2 sudu teh
  • jintan putih n manis 1/2 sudu teh
  • lada sulah biji dan lada hitam 1/2 sudu teh
  • cengkih 4 biji
  • daun salam 2 helai
  • bawang putih kering 2 ulas
  • halia kering 1 inci
  • bunga lawang 2 kuntum
    – – semua bahan ini disangai dan dikisar kering ya

Cara-cara

1. Rebus Tulang Lembu

Pertama sekali, kita rebus dulu tulang lembu dalam periuk.

2. Masukkan Halia

Kemudian masukkan halia yang dah siap diketuk.

3. Tumis

Dalam kuali yang lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai hangus sikit.

Hangus sikit sahaja ya jangan sampai rentung nanti pahit pulak sup ikan tu nanti.

Seterusnya masukkan rempah sup homemade tadi. Tumis sampai garing ya.

5. Masukkan Bahan Tumisan Ke Dalam Sup Rebusan Tulang

Bila dah siap tumis tadi, pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang yang mula-mula tadi tu.

Mungkin ada yang pelik sebab apa pakai tulang? Sebabnya nak potong hanyir ikan kita jap lagi.

Ok bila dah masukkan tu jangan lupa tambah air sikit.

resepi sup ikan merah

6. Masukkan Tomato

Lepas tu masukkan tomato.

7. Masukkan Daun Sup

Lepas tu kita bolehlah masukkan daun sup yang tersimpul rapi.

Masa ni dah boleh perasakan ia secukupnya dengan garam.

6. Masukkan Ikan

Lepas dah perasakan tu kita bolehlah masukkan ikan.

Bila masuk je ikan alam periuk, terus tutup api dapur dan tutup terus periuk tu dan tunggu 15 minit ok.

Ini rahsianya nak dapatkan isi ikan yang pejal, mantap, ngam ngam je masak…

7. Perah Limau

Akhir sekali, jangan ko lupa perah limau nipis, tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili padi potong.

Fuh, tak sabar nak makan kan?

resepi sup ikan merah siakap

Siap!

Mudah kan?

Mesti ramai yang dah terliur tu…. Jadi apa lagi, lepas ni bolehlah beli barang dan masak dekat rumah.

Selalu masak sup ayam dan daging je kan… Kali ni buat sup ikan pulak.

Insha Allah satu famili akan suka.

Yang tengah berpantang pun boleh cuba, lagipun memang sesuai sangatlah lauk-lauk sup macam ni kan.

Selamat mencuba!

[ Baca juga : Resepi Nasi Air Kelantan Simple & Sedap Sangat. Tak Cukup Semangkuk! ]

[ Baca juga : Resepi Sup Tulang Ala Thai Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Gitu ]

*Resepi sup ikan merah / ikan siakap ini dikongsikan oleh saudara Haerme Abd Rahman menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau lebih banyak resepi, sila rujuk FB beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×