Dapur

Resepi Nasi Air Kelantan Simple & Sedap Sangat. Tak Cukup Semangkuk!

1.7K
SHARES

Kadang-kadang dah boring makan nasi, tak tahu nak makan apa… Bila tak tahu nak makan apa, nak memasak lagilah tak ‘kuasa’ kan?

Bagi yang tak ada idea tu, jom kita cuba resepi nasi air Kelantan ni. Nampak berselera terus. Yang sakit pun boleh makan, untuk anak-anak pun sesuai.

Nasi air ni sebenarnya lebih kurang macam bubur nasi jugalah. Ada sesetengah tempat panggil ‘moi’ atau ‘moy’.

Apapun nama panggilannya, yang penting ianya memang mudah sangat nak dibuat.

Jadi jom kita tengok resepi nasi air Kelantan oleh Cik Puan Yana yang dikongsikan di bawah ini.

Resepi Nasi Air Kelantan Mudah & Sedap

Biasa makan nasi air tak? Biasanya orang panggil bubur nasi. Tapi nasi air Kelantan memanh terbaik. Ada kuah sup, isi daging, ayam, ikan bilis, air lada dan minyak bawang putih.

Kalau ke Kelantan, kita akan jumpa banyak kedai makan dan gerai yang jual nasi air ni. Nanti bila dah balik rumah, confirm teringat-ingat dengan rasanya.

Di sini saya kongsikan resepi nasi air Kelantan versi saya.

Mudah je! Jom tengok bahan-bahan dan caranya step-by-step.

Bahan-bahan

Untuk bubur & sup:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Akar daun ketumbar
  • Daging / ayam
  • Beras (dikisar separuh hancur)

Cara-cara

1. Mula-mula, tumbuk bawang putih, halia dan serai.

2. Satukan semua bahan tumbuk dalam periuk dan masukkan akar daun ketumbar. Rebus bersama daging dan ayam.

3. Tunggu daging empuk dan perasakan dengan garam / serbuk perasa. Tambahkan kicap sedikit. Siap.

4. Untuk nasi, kisarkan beras separuh hancur. Kemudian masak nasi sampai lembik.

Minyak Bawang Putih

Minyak bawang putih akan buat nasi air ni rasa lebih ‘kick’ tau.

Cincang bawang putih halus-halus. Tak kisahlah guna processor, atau guna tangan je. Lepas tu goreng minyak banyak, siap!

Air Lada

Untuk air lada, macam biasa blend cilipadi, bubuh air sikit, cuka, garam, gula dan perasa.

Lada jeruk

Lada jeruk ni pun senang je. Hiris lada, kemudian bubuh air sikit, gula, garam dan cuka ikut citarasa.

Sayuran / Hirisan Limau

Akhir sekali sediakan limau, daun sup, daun ketumbar, kangkung atau sawi yang dicelur. Dah boleh hidangkan bersama.

Sedapnya… Kecur air liur tengok hasilnya bila dah siap ni kan?

Resepi nasi air kelantan

Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba buat nasi air Kelantan ni dekat rumah. Ringkas, sedap dan berkhasiat.

Rasanya tak cukup semangkuk ni!

 

P/S: Anda ada resepi nasi air versi Johor atau versi sendiri? Jom kongsikan dengan kami!

*Resepi nasi air kelantan ini dikongsikan oleh Cik Puan Yana menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×