Dapur

Hampir 10k Perkongsian FB, Ini Resepi Sup Ayam Thai Viral Macam Di Thailand..Kena Try!

3.3K
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Thai, selain memesan menu tomyam, sup thai juga menjadi pilihan utama. Mempunyai rasa yang masam-masam pedas serta sesuai untuk dijadikan menu diet, cara memasak sup thai ini menjadi tanda persoalan ramai. Manakan tidak, ada yang menjadi dan ada juga yang tidak menjadi bila mahu memasak menu ini di rumah.

Jadi, ini adalah resepi kepada sup ayam thai yang viral dan menjadi kegilaan ramai. Mesti menjadi bila buat di rumah.

RESEPI SUP AYAM THAI VIRAL

1. Langkah pertama

Tumbuk: Bawang putih + Halia

Potong: Bawang merah + Bawang besar + Serai

Ketuk: Cili

(Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)

-Minyak sikit. Tumis semua sekali.

-Campur hirisan lemak ayam. (Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh)

-Tumis sampai layu/garing/wangi.

-Api medium.

2. Langkah kedua

-Ayam. Celery. Carrots.

-Basuh. Potong.

-Siram/bilas.

-Duduk diam-diam kat bucu kaunter.

-Tunggu nama naik nanti baru gi terjun masuk dalam puyuk okay.

3.LANGKAH KETIGA

Air hawo-hawo nak gelegak, masuk ayam dulu. Pahtu baru campak masuk C&C.Close pot/pan with lid. And waaaaiiiittt.

4. Langkah keempat

-Kiub Ayam Knorr

-Sup Bunjut Adabi

– Garam

– Gula

– Maggi cukup rasa

– Thai Fish sauce

5.Langkah kelima

-Daun Ketumbar / Coriander

-Hirisan bawang besar (wedges)

-Cili potong

-Tomato

-Daun limau purut

-Perahan asam limau nipis

SIAP!

Sup ayam thai sudah boleh dihidang bersama nasi panas. Mesti tambah berpinggan-pinggan!

Sumber: Tini Joe

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×