RESEPI SOMTAM
Bila sebut sahaja makanan yang berasal dari Thailand pasti ramai dalam kalangan kita yang terbayangkan keenakan dan kepelbagaian menu dari negara jiran ini bukan? Selain tomyam, antara menu yang mendapat pujaan ramai adalah somtam. Somtam selalunya menggunakan betik sebagai hero utama dan ada juga yang menggunakan mangga. Lebih senang kita boleh samakan dengan menu kerabu mangga namun mungkin ada perbezaan dari segi bahan yang digunakan.
Oleh itu, berikut merupakan resepi somtam mangga hasil perkongsian di laman Facebook menggunakan resepi dari ibunya sendiri. Sedap dan mudah pula tu!
Baca juga: Resepi Nasi Daging Paling Ekspres & Viral Guna Kurma Tin Adabi Je
RESEPI SOMTAM MANGGA STYLE IBU
Bahan-bahan
-Mangga muda
-Udang kering
-Bawang besar
-Cili kering
-Sos cili thai
1.Mangga ibu guna 4 biji.
2.Sagat begini tau, nampak la cantikkan. Selera tu bertambah-tambah.
3.Ibu masukkan udang kecil. Ibu beli dekat Perlis. Ibu tak jual okay.
4.Bawang merah 1 biji. Potong nipis nipis.
5.Cili padi 5 biji, kalau nak pedas letak la lebih. Ikut suka.
6.Letakkan sos Thai ni. Lepas tu gaul rata ye. Jangan letak gula dan garam dah. Sos ni semua cukup rasa dah.
Simple kan? Siap di gaul. Selamat mencuba semua.
Sedap betul nampaknya tu!
Sumber: Ameera