Dapur

Resepi Shell Out ‘Dambaan’ Suami, Memang Puas Makan!

285
SHARES

“Sedapnya shell out, tapi bungkus tak best…”

Mesti ramai dalam kalangan kita yang sudah merindui suasana untuk makan di luar atau ‘dine-in’ di restoran bukan? Namun, kita masih harus bersabar kerana bukan semua negeri telah beralih ke fasa yang membenarkan rakyat makan di luar. Jangan risau, kalau anda teringin nak makan shell out tapi tak nak bungkus di kedai, anda boleh sahaja buat di rumah dan makan panas-panas! Senang je!

RESEPI SHELL OUT SEAFOOD

Malam tadi suami request nak makan shell out, memandang kan tak boleh makan dekat kedai kita buat lah sendiri.. Puas hati buat sendiri mudah jee.. Saya share resepi dan cara-cara di gambar yee. Selamat mencuba.

BAHAN BLEND :

-Cili kering yg telah direbus

-Bawang merah

-Bawang putih

BAHAN UTAMA :

-Seafood (ikut suka)

-Brokoli, carrot, jagung

-Cili sos

-Sos tiram

-Serbuk kari

-Kiub pati ayam

-Halia (Hiris)

-Serai (Titik)

-Daun limau

-Gula melaka

1.Didihkan air, rebus semua bahan-bahan

2.Masukkan sedikit garam

3.Rebus pula bahan-bahan seafood

4.Jangan buang air rebusan seafood, nanti guna untuk sos.

CARA BUAT SOS SHELL OUT

1.Masukkan semangkuk cili yang telah dikisar

2.Masukkan halia yang telah dihiris

3.Masukkan serai yang telah diketuk

4.Masukkan seketul gula melaka

5.Masukkan kiub pati ayam

6.Masukkan daun limau purut

7.Masukkan serbuk kari

8.Kacau sebati kemudian masukkan sos tiram dan sos cili

9. Masukkan sedikit air rebusan seafood tadi dan garam. Tumis sehingga pecah minyak.

SIAP!

Sumber: Mas Aura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×