Dapur

Resepi Sambal Garing Ikan Bilis Layan Habis. Boleh Simpan Stok, Mudah Sangat!

7.2K
SHARES

“Alahai, dah pukul 5 lebih. Terbabas pulak tidur. Ni tak sempat nak masak sahur. Apa nak makan ni? Tinggal 10 minit je nak imsak…”

Biasalah kadang-kadang tu terlepas sahur. Kalau ada 10 minit lagi, makan yang simple pun boleh.

Biasanya nasi masa berbuka ada lebih lagi kan? Bolehlah goreng telur atau makan dengan sambal garing yang mudah disimpan ni.

Sambal goreng memang ‘kena’ dengan tekak orang Malaysia. Sesuai dijadikan pembuka selera untuk makan dengan nasi, bubur, roti atau apa saja.

Boleh juga buat penyedap rasa bagi mereka yang sukakan pedas.

Oh ya, lagi satu ia memang sesuai dibawa travel ke mana-mana. Disebabkan ianya jenis kering, so taklah risau kalau tertumpah dalam luggage.

Jadi, apa kata kita tengok cara buat sambal garing simple sangat yang dikongsikan oleh Puan Zalieda Zaliedana.

Resepi Sambal Garing Mudah & Lazat

Berikut adalah bahan-bahannya

Bahan-bahan

  • 250g bawang merah / bawang besar dihiris nipis
  • 30 tangkai cili kering
  • 250g ikan bilis Jepun
  • Serbuk pati ikan bilis
  • Garam / gula secukupnya

Cara-cara

1. Goreng Bawang

Pertama sekali, gorengkan bawang besar atau bawang merah yang telah dihiris nipis.

TIPS: Untuk bagi extra garing, gaulkan dengan 1 sudu besar tepung beras. Boleh juga tambahkan secubit garam.

2. Goreng Cili

Seterusnya, goreng pula cili kering yang dah dibuang biji dan direbus hingga lembut.

Goreng hingga betul-betul garing ya. Bila dah garing angkat dan toskan macam biasa.

3. Goreng Ikan Bilis

Kemudian gorengkan pula ikan bilis sehingga garing.

Ikan bilis Jepun ni saiznya kecil dan halus. Mudah nak digoreng, lebih rangup dan tak liat.

4. Kisar Cili Kering Yang Telah Digoreng

Sekarang kita kisarkan pula cili kering yang dah digoreng tadi.

Blender guna pengisar kering.

Sebelum itu, tambahkan sedikit serbuk pati ikan bilis bersama garam dan gula untuk dikisar bersama.

5. Tumis

Sekarang kita akan gaulkan semula cili kering, bawang dan bilis menjadi sambal.

Mula-mula letakkan 1 sudu minyak masak dan masukkan cili yang dah dikisar. Tumiskan sekejap.

Resepi sahur mudah

 

6. Gaulkan Bawang & Bilis

Bila cili dah makin kering, masukkan ikan bilis dan bawang goreng.

Kacau goreng hingga sebati semuanya.

Siap!

OK. Dah siap pun sambal garing. Beginilah hasilnya. Mudah je kan?

Boleh makan dengan nasi putih, roti, bubur atau ratah macam tu saja.

Kalau buat lebih-lebih tu, bolehlah simpan buat stok. Senang nak makan nanti.

Memang convenient untuk bawa travel ke mana-mana.

Di sini kami sertakan juga video lengkapnya supaya lebih faham.

Selamat mencuba!

 

*Resepi Sambal Garing Ikan Bilis Rangup ini dikongsikan oleh Puan Zalieda Zaliedana menerusi Facebook. Boleh follow FB beliau, IG Zaliedana atau subscribe Youtube channel Zalieda Diari Zaliedana untuk lebih banyak resepi menarik. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×