Dapur

Resepi Puding Coklat Batik Berlemak, Nampak Sama Tapi Beza Cara Buat!

27
SHARES
RESEPI PUDING COKLAT

Siapa pernah cuba resepi puding coklat biskut marie? Menu ini seakan-akan sama seperti kek batik tetapi yang membezakannya adalah bahan dan cara penyediaannya.

Sekiranya anda ingin cuba membuat sendiri di rumah resepi puding coklat ini, boleh ikut perkongsian penuh di bawah ini. Mudah je!

Baca juga: Resepi Bebola Ubi Keledek Manis, Elok Kejadiannya Kalau Ikut Cara Ini!

RESEPI PUDING COKLAT BATIK, CANTIK BANYAK LAYER

RESEPI PUDING COKLAT

Bahan-bahan:

  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 pek agar-agar
  • 66g serbuk coklat
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 750ml susu cair
  • 2 biji kuning telur
  • 80g susu pekat manis
  • Vanila secukup rasa
  • Sos coklat
  • 1 sudu besar marjerin
  • 36 keping biskut segi empat tepat
  • Loyang pembakar saiz 18cm

Cara-cara penyediaan:

1. Sedia kuali non stick dan masukkan gula, serbuk coklat, garam, tepung jagung serta serbuk agar-agar.

2. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan pula susu cair, susu pekat manis, kuning telur, vanila dan sos coklat.

3. Masak sehingga mendidih dan setelah itu masukkan marjerin.

4. Kemudian kacau hingga marjerin cair. Sediakan loyang yang telah disapu dengan air supaya mudah untuk keluarkan puding nanti.

5. Setelah semua adunan sebati. Masukkan ke dalam loyang dan kemudian susun biskut di bahagian atas.

6. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga adunan habis dan pastikan ia berlapis-lapis.

7. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah dan sedap! Rugi kalau tak cuba.

Baca juga: Resepi Donut Blueberi Tak Perlu Goreng, Lebih Sedap Guna Cara Ini!

Sumber: Facebook Sukma Wati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×