Dapur

Resepi Pisang Butter Dengan Sos Kastard, Memang ‘Layan’ Makan!

26
SHARES

Selesai sahaja menjamu selera makanan berat, pasti kita akan mencari pulak santapan manis sebagai pencuci mulut bukan? Asyik makan buah sahaja, apa kata kali ini anda buat pulak pisang butter yang dihidangkan bersama sos kastard macam makan di restoran mewah!

Yang menariknya, menu pisang butter ini memang sesuai dimakan tidak kira masa! Jom tengok macam mana nak buat.

Baca juga: Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Magik, Jadi Kuning Keemasan!

RESEPI PISANG BUTTER DENGAN SOS KASTARD

Pisang butter dengan sos kastard. Layan betul makan bila hujan-hujan ni.

* Pisang

* Butter

* 1 tin susu cair

* 1/2 tin air

* 2 sudu besar tepung kastard

* 3 sudu besar gula (ikut kemanisan yg kita nak)

* 1 biji kuning telur

* Mixed fruit

* 1 Daun pandan

Cara-cara..

1.Cairkan sedikit butter di dalam kuali non stick dan gorengkan pisang sehingga kekuningan.

2. Campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, kuning telur dan kacau sebati.

3. Masukkan daun pandan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

4.Biarkan kuah suam barulah letak atas pisang tadi dan tabur mixed fruit..

Siap untuk dimakan! Selamat mencuba.

Sumber: Resepi Bonda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×