Dapur

Jom Buat Pengat Bebola Durian Yang Viral Di Thailand. Mesti Licin!

1.3K
SHARES
resepi pengat durian bebola

“Ada lagi durian sebiji dekat dapur. Tapi kalau nak jamu tetamu macam tak cukup pula. Buat masaklah. Tapi asyik buat bubur durian je, apa idea nak bagi menarik sikit ye?”

Musim durian kali ini memang mengujakan. Duriannya meriah, harga pun murah, mudah nak dapat. Jadi ramailah yang borong dan lepas ‘gian’ di rumah.

Macam-macam olahan resepi durian versi moden cukup mendapat sambutan. Cupcake durian, durian crepe, aiskrim durian, cream puff durian dan tak lupa juga makanan tradisional seperti tempoyak, dodol, seri muka atau lempuk durian.

Antara yang viral baru-baru ini adalah pengat bebola durian yang menjadi popular di negara jiran kita, Thailand. Ada yang dah cuba buat dan resepinya dikongsikan oleh Puan Nurhazirah M.Yunus ini.

Mudah dan menarik! Mari kita tengok cara membuatnya langkah demi langkah di bawah.

Resepi Pengat Bebola Durian Yang Super Lazat

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya.

Bahan-bahan

  • Durian
  • Tepung pulut
  • Santan
  • Gula merah / gula melaka
  • Daun pandan

Cara-cara

1. Lenyekkan Isi Durian

Mula-mula, ambil 7-8 ulas durian dan buang bijinya. Kemudian, lenyekkan sedikit isinya.

2. Gaulkan Dengan Tepung Pulut

Isi yang dilenyek tadi digaulkan dengan tepung pulut sampai menjadi doh. Ingat, tepung pulut ya, bukan tepung beras!

Oh ya, tak perlu tambah air sebab nanti tak rasa manis duriannya.

Bila dah tak melekat di tangan maksudnya dah OK dah tu.

3. Bentukkan

Seterusnya dah bolehlah bentukkan bulat-bulat kecil macam ni. Tak kisahlah lonjong ke, bulat ke. Ikut suka hatilah ya.

Ini yang dah siap dibentuk dengan doh tadi.

4. Rebuskan

Sekarang kita rebuskan pula doh tadi dalam air mendidih. Pastikan air dah betul-betul panas dan menggelegak baru masukkan doh tadi ya.

Bila doh tadi dah terapung ke permukaan air, maknanya tepungnya dah cukup masak. Jadi dah bolehlah angkat dan toskan.

5. Sediakan Kuah

Lepas dah masak doh-doh bebola kecil tadi, kita sediakan pula kuahnya.

Cara mudah aja. Masukkan santan ke dalam periuk. Kalau pakai santan kotak, letak separuh kotak kecil aja. Tambah air sedikit supaya tak pekat sangat. Letaklah dua helai daun pandan untuk bagi aromanya lebih wangi.

Guna api perlahan ya, jangan bagi santan menggelegak.

5. Tambah 2 Ulas Durian Ke Dalam Kuah

Kemudian, tambahkan 2 ulas durian ke dalam kuah untuk dapatkan perasa yang lebih ummpphh.

Nak guna lebih pun boleh. Tapi kalau banyak sangat nanti kuahnya akan jadi terlalu pekat.

resepi pengat durian

6. Perasakan

Akhir sekali, perasakan dengan gula merah atau gula melaka.

7. Masukkan Bebola

Sekarang dah bolehlah masukkan bebola tadi.

Gaul rata hingga mendidih. Dan… siap!

Patutlah Viral, Memang Superb!

Haa…. Inilah hasilnya. Sedap kalau dimakan masa sejuk. Bubuh dalam peti ais dulu. Terasa sejuk dekat tekak, bebolanya kenyal-kenyal macam kuih onde-onde. Dimakan pula dengan kuah santannya yang lemak berkrim, memang superb!

Rugi kalau tak cuba buat resepi viral ni. Ini kali kedua saya buat dan habis licin!

 

* Resepi pengat bebola durian ini disumbangkan oleh Puan Nurhazirah M.Yunus. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×