Dapur

Resepi Nutella Nutball Untuk Anak, Penuh Coklat & Sedap!

26
SHARES

Biskut raya memang menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi yang ada coklat, pasti kesukaan semua dan berebut bila dihidangkan. Betul tak? Tapi susah sebenarnya nak dapatkan biskut raya kalau bukan masa raya. Nampaknya kena buat sendiri sahaja di rumah untuk makan bersama keluarga.

Jadi, antara resepi biskut boleh dicuba adalah nutella nutball seperti perkongsian Iesya Sofea. Rugi kalau tak cuba resepi ini, memang penuh coklat dan menjadi rebutan seisi keluarga.

Baca juga: Resepi Cucur Ketam Crispy Viral, Confirm Licin Anak Makan!

RESEPI NUTELLA NUTBALL UNTUK ANAK, PENUH COKLAT & SEDAP!

Bahan A:

– 180g butter (pure butter lebih sedap)

– 50g gula kastor

– 25g brown sugar

– 1¹/² ts esen vanilla

– 1 biji telur putih

Bahan B 

– 185g tepung rose (tepung biskut) tepung gandum pun boleh

– 20g coco powder

– 20g susu tepung

– 25g tepung beras

– 30g tepung jagung

– 30g hazelnut powder

Bahan C:

– Almond nibs

– Putih telur/air

– Nutella spread

Cara penyediaan: 

1. Gaul Bahan A sehingga sebati. Jangan sampai kembang.

2. Masukkan Bahan B. Segala tepung tu ayak dulu. Gaul sampai jadi doh dan tak melekat dekat tangan. Doh tak keras dan tak lembik.

3. Timbang ikut size yang nak. Buat 9g/pcs pun ok.

3. Bulatkan dan celup dalam putih telur dan golekkan dalam almond nib.

4. Buat lubang dekat tengah tu. Saya guna penekan tart. Lubang tu jangan sampai tembus sampai bawah. Cukup sampai dasar sahaja.

5. Bakar api atas suhu 170 dan bawah suhu 150 selama 20 minit atau ikut oven masing-masing. Saya guna oven combat ssodd kipas 35 suhu 140 39 minit.

6. Siap bakar baru paipkan nutella. Hentak-hentak sikit nak bagi nutella sekata dan tak membukit.

Siap. Selamat mencuba ye. Memang sedap makan sambil menikmati angin petang bersama keluarga. Jangan lupa cuba.

Sumber: Facebook Iesya Sofea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×