Dapur

Resepi Mushroom Chicken Pie, Lemak Berkrim & Tak Mual

170
SHARES

Kadang-kadang mesti bosan kan asyik makan nasi sahaja. Anak-anak pun dah mula request makanan lain yang bersesuai dengan tekak. Tapi nak masak apa?

Apa kata cuba resepi baharu iaitu mushroom chicken pie. Mesti laku dan berebut tambah pula makan panas-panas baru keluar oven dicampur dengan bau yang harum semerbak. Fuh, terliur betul. Mudah sahaja hanya guna instant puff pastry.

Baca juga: Cara Buat ‘Breakfast Dip’ Untuk Sarapan Lebih Sihat, Anak-Anak Mesti Suka!

RESEPI MUSHROOM CHICKEN PIE,

Lama betul tak makan Mushroom Chicken Pie ni, hampir sedekad kot. Kebetulan semua barang ada hari ni terus jadi. Makan sebiji pun dah kenyang ni.

resepi mushroom chicken pie

Bahan-bahan:

  • Instant puff pastry
  • Butter (2 sudu besar)
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • Bawang putih ( 3 ulas)
  • 2 sudu besar tepung + sedikit air
  • Mushroom shitake (5 biji)
  • Carrot (setengah batang)
  • Isi ayam (dicincang halus)
  • Serbuk parsley, oregano, blackpepper dan garam (Secukup rasa)
  • Whipping cream atau cooking cream (1/2 cawan)
  • Susu segar (1/2 cawan)

Cara-cara masak inti:

– Cairkan 2sb butter dan tumis 1 biji bawang holland dan 2-3 biji bawang putih cincang.

– Masak sehingga perang sikit dan masuk 2sb besar tepung ditambah dengan sedikit air.

– Kemudian, masukkan mushroom shitake dan carrot. Kacau sehingga mushroom shitake dan carrot masak.

– Masukkan isi ayam yang telah dicincang dan perasakan dengan parsley, oregano, blackpepper dan garam secukupnya.

– Akhir sekali masukkan whipping@cooking cream 1/2 cawan dan susu segar 1/2 cawan. Masak sampai mendidih semua.

resepi mushroom chicken pie

Cara penyedian:

– Canai puff pastry dan letak dalam cup, masukkan filling, canai lag sekeping puff pastry tekap bentuk bulat tutup atas dia.

– Seal dengan garfu dekat tepi nak bagi lekat elok, lepastu sapu egg wash (kuning telur + susu segar sikit).

resepi mushroom chicken pie

– Bakar suhu 200 dlm 20-25 minit depends on your oven.

resepi mushroom chicken pie

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nadia Hazieqah Abdul Hapiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×