Dapur

Cara Buat ‘Breakfast Dip’ Untuk Sarapan Lebih Sihat, Anak-Anak Mesti Suka!

152
SHARES

Sebut sahaja sarapan, sudah tentu ramai yang mengemari hidangan nasi lemak dan roti canai. Di tambah pula dengan teh tarik panas. Wah terbaik kan?

Apa kata kalau tukar selera pula? Kita cuba sajian baharu yang sesuai dan tidak begitu tinggi kalori. Kalau nasi lemak hari-hari pun tak elok juga untuk kesihatan diri kita. Betul tak? Cara penyediaanya mudah sahaja, jom mula!

Baca juga: Resepi Ikan Bakar Diet Tanpa Minyak,Tetap ‘Juicy’ & Tak Kering

RESEPI BREAKFAST DIP, SEDAP!

Bahan-bahan telur hancur:

– 4 biji telur
– Setengah cawan susu segar
– Garam
– Lada hitam
– Tomato-dadu
– Bawang-dadu
– Daun ketumbar-hiris
– Sehiris lemon

*satukan semua bahan dan hancurkan di atas kuali.

Cara menukar wrap kepada tortila chips:

1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.

2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.

3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.

4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yg disukai.

Siap chips utk dicicah dengan telur hancur. Mudahkan? Boleh cuba untuk idea sarapan kalau dah bosan makan nasi lemak.

Sumber: Facebook Zatil Arip

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×