Dapur

Resepi Ikan Bakar Diet Tanpa Minyak,Tetap ‘Juicy’ & Tak Kering

25
SHARES

Kehidupan dan pemakanan yang sihat adalah amalan yang penting dan bagus untuk diri kita. Setiap insan pasti mahukan berat badan ideal supaya boleh tampil dengan lebih yakin. Kesihatan yang bagus juga mampu memberikan mood positif dalam diri seseorang.

Namun, sudah di’patri’ di minda tentang makanan diet ini bosan dan tidak mengiurkan. Salah! Setiap makanan mempunyai kalori tersendiri dan anda tetap masih boleh membuat makanan sedap tetapi dalam kalori yang ditetapkan. Jadi, mari kami kongsikan resepi ikan bakar ‘juicy’ untuk anda yang sedang diet!

Baca juga: 4 Menu Diet Sedap Tanpa Perlu Berlapar, ‘Confirm’ Diet Tak Kelaut

IKAN BAKAR JUICY, PUAS HATI MAKAN!

Perkongsian gadis yang dikenali sebagai Cik Niss di laman TikTok itu telah menarik minat orang ramai dengan resepi yang diberikan. Nampak sedap, terliurnya!

Bahan-bahan diperlukan:
– Ikan

– Cili kering (dikisar)

– Sos tiram

– Serbuk lada hitam

– Madu asli

– Mushroom seasoning

Cara-cara:

– Campurkan kesemua bahan diatas dan lumurkan kedua-dua belah bahagian ikan.

– Balut ikan menggunakan daun pisang dan bakar selama 15 minit setiap bahagian depan dan belakang.

– Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Yang tak diet pun boleh makan. Walaupun tak guna minyak tetapi tetap ‘juicy’ dan tak kering. Makan dengan nasi panas. Sedapnya!

Sumber: TikTok Cik Niss

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×