Dapur

Senangnya, Guna Mee Kuning Je Boleh Buat Muruku! Ini Resepi ‘Meeruku’ Viral

11.6K
SHARES

Tak sangka kan, guna mee kuning pun boleh buat muruku!

Tempoh hari ada yang guna pasta dan laksa beras untuk buat kudapan. Nampaknya makin kreatif orang sekarang ni.

Bagus juga dapat kongsi idea, nak-nak tengah musim Raya. Mesti ramai yang nak cuba.

Ini perkongsian resepi maruku guna mee kuning oleh salah seorang pengguna Facebook, Puteri Langit Merah.

Resepi ‘Muruku Malas’ Guna Mee Kuning. Sedap & Mudah

Dah banyak hari saya buat muruku malas ni.

Saya guna mee kuning jenama gardenia je. Memang menjadi. Boleh buat kudap-kudap depan TV.

Bahan yang diperlukan dan cara membuatnya cukup simple.

Bahan-bahan

  • Mee Kuning (saya guna cap Gardenia)
  • Daun kari
  • Serbuk kari / serbuk lada hitam
  • Garam / perasa secukup rasa

*mee jenama lain saya tak pasti sebab tak pernah cuba

Resepi muruku mee kuning

Cara-cara

1. Basuh & Ceraikan Mee

Mula-mula ceraikan dan potong sikit mee tu. Jangan pendek sangat.

Basuh sikit dan toskan buang airnya.

2. Goreng

Kemudian, goreng dengan minyak banyak.

Pastikan tunggu minyak betul-betul panas. Guna api sederhana.

3. Bubuh Daun Kari

Tunggu sampai garing.

Masa dah nak angkat, bubuhkan sikit daun kari.

4. Perasakan

Biar sejat minyak dulu lepas tu akhir sekali bolehlah perasakan.

Gaulkan serbuk kari, serbuk lada hitam sikit, dengan garam atau perasa.

Siap!

Boleh Pelbagaikan Perasa Ikut Kreativiti

Mudah, kan?

Nak bubuh perisa lain boleh je. Cubalah perasakan ikut kreativiti sendiri.

Mungkin ada yang suka bubuh perasa cheese, BBQ, atau lain-lain. Terpulanglah ikut tekak masing-masing.

Yang pastinya, memang senang nak buat untuk Raya ni. Rugi tak cuba tau!

 

*Resepi muruku mee kuning ini dikongsikan oleh Puteri Langit Merah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh rujuk posting asalnya di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×