Dapur

Resepi Mi Kuah Tulang Viral, Boleh ‘Standby’ Untuk Juadah Bulan Puasa!

1K
SHARES

“Nak makan apa eh, dah bosan dah makan nasi…”

Juadah seperti mi rebus atau mi tulang sudah semestinya popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutama sekali jika anda berada di negeri Johor. Katanya juadah ini sangat mudah untuk didapati dan rasanya lebih pekat dan enak berbanding tempat lain. Namun, bagi anda yang sudah bosan jadikan nasi sebagai juadah utama, anda boleh cuba menu mi kuah tulang untuk seisi keluarga. Nak standby menu ini untuk bulan Ramadan akan datang pun boleh juga!

Bahan-bahan mi rebus kuah tulang

Ubi keledek 2 biji (periuk kecik ye) sis buat periuk besar tu pasal ubi banyak)

Tulang/daging

Ubi kentang 4 biji

Kiub ayam

Sos tiram

Sos cili

Sos tomato

Gula batu

Bahan blend:

Udang kering

Bawang besar 1 biji

Bawang putih

Halia

Bahan mee dan hiasan

Bahan kuah

Blend bwg besar,udang,bwg putih,halia

Blend cili kering rebus

Blend ubi

1. Rebus ubi…

2. Dah empuk…tos kan dan blend…

3. Rebus daging/tulang….sis rebus dalam rice cooker je…tak yah buh sudu bagai nak bagi empuk…

4. Dah empuk….tos kan isi daging…air rebus jangan buang…nanti nak guna…

5. Panas kan minyak. Tumis bahan blend smpai wangi…

6. Masuk kan cili blend, biar pecah minyak…

7. Masukkan ubi yang blend tadi…

8. Masukkan kiub ayam, sos tomato, sos cili, sos tiram

9. Dan masuk gula batu, garam….kacau-kacau….biar jap…

10. Masuk kan tulang daging dan air daging.

11. Siap!

*Sedapnya!

Sumber: Nur Sarah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×