Dapur

Lebih 32K Perkongsian FB, Ini Resepi Lengkap Mi Wantan Viral Anda Wajib Cuba!

394
SHARES

Makanan Cina atau Chinese Cuisine sememangnya menjadi kegemaran orang ramai di dalam negara kita. Bukan sahaja rasa dan kepelbagaian menu yang sedap sedpa belaka, malah untuk anda yang kurang gemar makanan pedas juga pasti tidak ketinggalan menjadikan makanan Cina di dalam senarai.

Antara yang mendapat tempat di hati orang ramai tidak kira bangsa adalah mi wantan atau juga dikenali sebagai mi kicap. Sedap namun agak sukar juga untuk kita jumpa kedai halal yang menjual juadah ini.Jadi, apa kata kita buat sendiri di rumah supaya anda boleh tambah mi wantan ini berpinggan-pinggan!

RESEPI MI WANTAN PALING SEDAP!

1. Mula-mula dapatkan dulu wantan mee. Dah ada cop halal jakim tu dah ler. Kekadang melayu ni pelik sikit…nampak je seketul-seketul dua tulisan cina…mula lah meroyan.

2.Kemudian bahan pertama kena buat adalah minyak bawang putih serta bawang putih goreng. Ni dah banyak kali ajar, takkan nak kena suap selalu? Cari sendiri….Hehe

3. Lepas dah siap minyak bawang, get ready sup dia dulu. Sebab kita perlukan cecair sup ni dalam kicapnya nanti.Sup simple je, rebus air, buh chicken stok, lada sulah dan letaklah bahan² stimbot tu. Last sekali titiskan minyak bijan sikit dan minyak bawang.

4. Ok let’s get ready for the kicap. Ada setengah orang dia tak masak kicap ni, terus bancuh. Pun boleh…ikutlah selera masing-masing. Amik minyak bawang tadi, tumis 2 sb kicap cair, 1 sb kicap karamel, letak sedikit gula.

5. Lepas tu amik sikit sup yang dah dibuat tadi dan campurkan ke dalam kicap. Perfect!

6. Perap sekejap isi ayam, lebih elok bahagian chicken chop. Perap dengan cili blend, gula, bawang putih, kicap cair, serbuk cili dan apa-apa rempah herba korang nak bedal, bedal je lah. Perap sejam, lepas tu boleh lah bakar ke goreng ke grill atas non stik pan.

7. Ya Aullohhh…sedap bangat ni dong. Sedang gue ngobrol sama isteri, gue terleka hampir-hampir gak sedar gue ingin merasain secubit isi ayam ini. Gue enggak bisa tahanin puasa gue. Harus sentiasa ingatin sorga yang sedang menanti ya teman-teman sekalian. Tahan ya ibu bapak sekalian….Haha..

8. Wantan mee ni bila keluarkan dari plastik, dia dalam keadaan bergumpal seketul. Leraikan dulu sebelum celur…didihkan air dalam periuk, titiskan minyak kemudian baru celur. Sambil tu kacau-kacau taknak bagi dia melekat. Celur la dalam 10 saat…lepas tu celup dalam air sejuk dan toskan. Baru helok tekstur mee ni.

9. Dahlah malas lah nak taip…aku pulak jadi lapar tengok-tengok gambar bila nak edit caption. Haha. Korang tengok sayur tu sos tu paham-paham sendiri lah.

10. Siap!

*Selamat mencuba!

Sumber: Wan Luqman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×