Dapur

Resepi Loaded Potato Bowl Ala-Ala KFC, Puas Makan!

Selain menu ayam goreng yang menjadi kegilaan ramai khususnya anak-anak apabila berkunjung ke restoran makanan segera KFC, ada menu lain juga yang menjadi perhatian. Menu tersebut adalah Loaded Potato Bowl dimana berasaskan kentang, ayam dan turut diletakkan sedikit jagung di atas.

Rupanya, anda boleh cuba buat sendiri potato bowl ini di rumah dan sudah semestinya lebih puas dimakan!

Artikel berkaitan: Cara Buat Burger Zinger Tarik Viral Macam KFC, Memang Menjadi!

RESEPI LOADED POTATO ALA KFC

BAHAN MASHED POTATO

Kentang – 1kg

Butter – 100g (potong dadu)

Whipping cream – 100ml

Air – 50ml (ni bukan untuk rebus kentang tau)

Black pepper

Garam secukup rasa

CARA-CARA :

1.Rebus kentang sampai betul-betul lembut. Lepastu campurkan je semua bahan, gaul sampai butter tu cair. Jangan risau! Rasa dia serius sedap okies.

BAHAN AYAM

Ayam dada – Potong dadu

Tepung bestari

CARA-CARA :

1.Bancuh tepung dengan air lepastu goreng la dalam minyak panas.

BAHAN TOPPING

Jagung rebus

Cheese yang dibancuh dengan air panas

Mayonis

*Jagung tu rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut lepastu gaulkan dengan gula & garam sikit.

CARA NAK LETAK DALAM BOWL :

potato bowl

-Tyra buat layer-layer tapi kalau korang ikut la nak buat macam mana.

-Memula letak mashed potato tu pastu letak sos cheese & mayonis pastu letak lagi potato & ulang step tadi ikut korang nak berapa layer. Last sekali baru letak jagung, ayam goreng & curahkan sos cheese dengan mayonis. Ok settle dah boleh makan!

Selamat mencuba!

Sumber: Tyra Manan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×