Dapur

Cara Buat Burger Zinger Tarik Viral Macam KFC, Memang Jadi!

17
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken atau KFC, sudah pasti anak-anak akan melompat kegembiraan. Bukan sahaja hidangan ayam gorengnya yang mendapat permintaan tinggi, malah seleksi burger yang ada juga digemari ramai.

Oleh itu, apa kata sempena PKP 3.0 ini kita buat sendiri sahaja Burger Zinger KFC di rumah tetapi mempunyai rasa yang sama. Siap ada cheese tarik lagi! Bila masak di rumah, anak-anak dan seisi keluarga pun puas makan kerana boleh ditambah banyak kali. Jom cuba!

Artikel berkaitan: Resepi Lengkap Set Nasi Butter & Ayam Goreng Ala-Ala KFC, Siap Ada Sup Bebola!

RESEPI BURGER ZINGER -ROTI/ BUN BURGER

-500 gram tepung roti

-70 gm gula kastor

-1 tbsp yis kering

-1 biji kuning telur

-1 tsp garam

-50 gm majerin @ butter

-10 gm pelembut roti

-280-300 gm air sejuk

1.Semua bahan masuk dalam bread maker kecuali garam, masuk selepas 5 minit uli dalam bread maker.

2.Doh burger- 75-80 GM, ring size 4 inci

3.Bakar dalam suhu 170’c dalam 20 minit.

RESEPI AYAM GORENG (SATU EKOR AYAM)

-Ayam perap dengan 1 biji telur dan sedikit tepung bestari

-Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.

-Tepung bestari 300 gm, tepung jagung dua sudu dan tepung beras dua sudu. Sebelum goreng gaulkan bersama ayam terlebih dahulu.

-Minyak perlu banyak semasa goreng.

Panaskan cheese dan letak bersama ayam, sayur dan bun roti tadi. Memang tarik panjang cheesenya!

Puas dimakan oleh anak-anak dekat rumah!

Sumber: Nor Asiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×