Dapur

Resepi Kuih Pulut Sekaya Macam Di Bazar, Sempurna Rasa Lemak, Manis & Masin

18
SHARES

Juadah kuih-muih sering dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Kuih pulut sekaya ni turut dikenali sebagai kuih seri muka yang sudah sinonim dengan masyarakat kita. Selalu boleh didapatkan dalam bulan ramadhan dan dimakan sejuk-sejuk lepas terawih, memang sedap! Rasa santannya memang boleh buat terngiang-ngiang. Lengkap rasa berlemak, masin dan manis.

BAHAN-BAHAN KUIH PULUT SEKAYA

BAHAGIAN BAWAH (PULUT)

– 1 cawan pulut

– 1 cawan santan

– 1 sk minyak masak

– Sedikit garam

BAHAGIAN ATAS

– 1 cawan santan

– 3 sb tepung kastad

– 5 sb tepung gandum

–  5 sb gula

– 1 biji telur

– 1 cawan air pandan

– Sedikit garam

Mudahkan? Cara buat rujuk gambar.

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH PULUT SEKAYA

1. Basuh dulu beras pulut

2. Letak sedikit garam. Nak bagi naik rasa lemak santan

3. Masuk minyak. Kukus dalam 15 minit.

4. Pulut dah masak, pindah ke loyang 6 inci. Selalu saya tak lapik plastik. Harini je sebab nak tangkap gambar hihi

5. 5 helai daun pandan. Basuh bersih2 baru potong pendek. Senang nak blend

6. Masuk 1 cawan air

7.  Lepas blend ni tapis ambik air je tau

8. Ni untuk lapis atas. Masuk santan 1 cawan.

9. Masuk tepung gandum, gula, garam dan dan tepung kastad

10. Tapis dalam bekas lain.

11. Panaskan atas api kecil. Api tak boleh just sangat. Kacau prlahan sampai likat

12. Macam ni pun dah ok

13. Lepas tu kukus selama 20 minit. Balut tudung pengukus dengan kain bersih supaya tekstur atas kuih cantik. Tapi cikgu tak balut pun. Ok ja.

14. Done. Potong pakai pisau plastik, sapu minyak dulu kat pisau tu supaya tak melekat.

Sumber : KoleksiResipiKuihMuih

Most Popular

To Top
×