Sekarang ni memang rajin nampak resepi Korean Garlic Bread tu lalu lalang dekat wall FB, IG, dan mana-mana media sosial.
Tapi bila datang mood rajin nak buat, tak jumpa pula roti bun kosong tu….
Rupanya boleh buat juga guna roti Gardenia biasa. Lagi sedap katanya!
Jom kita tengok resepi Korean Garlic Bread guna roti Gardenia oleh saudari Munierah Eyra.
Nampak simple tapi sedap.
Resepi Korean Garlic Bread Guna Roti Gardenia
Hari ni buat korean garlic bread viral tu.
Memandangkan ada roti kat rumah tak habis, jadinya saya cuba resepi Korean garlic Bread guna roti Gardenia ikut resepi page Halal N’ Taste.
Wahhhhh tak sangka lagi sedap rupanya guna ,Kalau ikut selera tekak saya, memang yang ni lagi sedap!!!
Tapi kalau yang suka pakai roti bun ok jer, saya buat dua-dua sekali nak compare mana lagi sedap.
Bagi saya roti Gardenia pilihan hati.
Untuk resepi ni saya tambah serbuk badam dekat atas roti bagi rasa crunchy gitew…
Dah tak sabar kan?
Jom tengok resepi Korean Garlic Bread yang simple dan sangat sedap ni.
Bahan-bahan
- roti gardenia/roti bun
- Sebuk badam @ badam cincang
Bahan A
- 1 ketul butter
- 1 biji telur
- 3-5 ulas bawang putih
- 1 sudu madu @ gula
- Parsley
Bahan B
- 250gm Cream cheese
- 2 sudu susu pekat
- 3 susu susu cair / susu segar
Cara-caranya
1. Cairkan Butter & Tumis Bawang Putih
Mula-mula cairkan butter.
Kemudian masukkan bawang putih dan tumis seketika.
Biarkan sejuk dulu lepas ni baru masukkan telur.
2. Sebatikan Bahan A
Kemudian masukkan sebiji telur yang dah dikocak ke dalam butter tadi.
Lepastu masukkan 1 sudu madu tau, baru taburkan daun parsley kering.
Kacau hingga sebati.
OK siap bahan A.
3. Campur Bahan B
Kemudian kita masukkan pula cream cheese ke dalam satu mangkuk lain.
Campurkan cream cheese dengan susu pekat.
Kemudian masukkan susu cair atau susu segar.
Aduk bersama sehingga sebati dan ketepikan.
4. Sapu Dekat Roti
Kemudian ambil sekeping roti buang bahagian kulitnya.
Letakkan cream cheese tadi dan lipat 2.
Kelim pada bahagian tepi dengan garfu supaya tidak terbuka ketika membakar.
5. Bakar
Celup roti kedalam bahan A tadi dan susun di atas dulang pembakar.
Saya taburkan almond sikit nak bagi garing.
Bakar pada suhu 160°c selama 10minit atau sehingga masak dan garing.
Inilah hasilnya…
Siap dihidangkan, bolehlah makan panas-panas.
Memang sedap… Garing di luar, lembut dan lemak berkrim di dalam.
Fuh!
Memang terliur tengok.
P/S: Yang nak cuba buat guna roti bun pun boleh juga.
Step sama jer, cuma belah roti bun tu mcm ni ,paipkan celah-celah dia tu dengan cream cheese tadi…
Lepas tu sapu butter dekat atas macam ni.
Tabur almond sikit dan bakar.
Tadaa…. Siap!
Memang sedap juga guna roti bun ni.
Tapi saya lagi suka yang guna roti Gardenia tu.
Pilihan masing-masing kan…
So, lepas ni bolehlah cuba resepi Korean Garlic Bread ni especially kalau ada banyak roti tak habis. Mesti kejap je licin.
Mudah sangat kan?
Berbaloi buat sendiri dekat rumah. Makan ramai-ramai, dapat makan panas-panas pulak tu. Lagi best!
Selamat mencuba.
*Resepi Korean Garlic Bread Almond ini dikongsikan oleh Munierah Eyra melalui Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk posting asal beliau di SINI.