Dapur

Puas Cari Tak Ada Stok, Ini Cara Buat Cream Cheese Homemade Guna 3 Bahan Mudah Je

1.3K
SHARES
resepi cream cheese homemade

Sekarang ni ramai yang complaint kata cream cheese asyik tak ada stok je kan?

Terbantut hasrat nak buat roti Korea viral, cheese cake dan sebagainya.

Apa kata kita cuba resepi cream cheese homemade yang mudah oleh saudari Dee Diana Haser yang dikongsikan melalui Facebook. Mudah sangat rupanya, guna 3 bahan je!

Ini resepi cream cheese homemade yang peminat cheese mesti cuba ya.

Resepi Cream Cheese Homemade Mudah Guna 3 Bahan Je

Hari tu susah hati tak jumpa cream cheese kan.

Jom kita buat sendiri, settle masalah.

Lepas ni bolehlah nak buat roti korea garlic Cheese tu.

Nak buat kek pun tak ada hal.

Saya belajar dari internet je, terima kasih kepada Youtube.

Jom tengok bahan-bahannya di bawah.

Bahan-bahan

  • 1 liter susu full cream* jenama apa tak kisah
  • 4 sudu makan lemon @ cuka
  • 1 sudu kecil garam

*Untuk 1 liter susu dapat 1 cawan cream cheese.

Cara-cara

1. Didihkan Susu

Mula-mula masukkan susu ke dalam periuk dan masak susu hingga mendidih.

Kemudian bila dah mendidih, kecilkan api.

2. Masukkan Lemon / Cuka

Seterusnya kita masukkan lemon atau cuka.

Kacau hingga nampak mengental seperti susu basi.

Lepas dah kental tu bolehlah matikan api.

3. Tapis

Sekarang kita tapis pepejal susu tu dengan menggunakan penapis teh.

Boleh tambah garam sikit, ikut kita agak-agak nak masin macam mana.

4. Pukul Dengan Mixer / Blender

Akhir sekali pukul dengan mixer atau blender hingga dapat tekstur berkrim.

Inilah contoh hasilnya.

Dah siap dah cream cheese homemade kita.

Bolehlah guna untuk masakan atau untuk baking.

Mudah kan?

Nota

Rasa dia mungkin taklah sama 100% macam kilang buat. Sebab nama pun homemade kan

Tapi bagi saya hampir sama sebab ada rasa cheese. Lepaslah untuk makan sendiri.

Cuma orang yang berniaga yang nak jaga kualiti barang tu lebih baik beli kecuali dah biasa buat.

Selamat mencuba!

 

Kredit resepi : Dee Diana Haser

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×