Kini Trending

Wanita Temui Telur Lalat ‘Berkampung’ Dalam Kerang Yang Dimakan, Loya Tekak!

48
SHARES

Sebut sahaja telur lalat pasti ramai dalam kalangan kita yang tahu bahawa ini merupakan salah satu penyebab kepada keracunan makanan. Kalau terlepas pandang sedikit makanan tidak ditutup dengan betul, habislah makanan anda akan dipenuhi dengan telur lalat!

Tak dapat dibayangkan kalau tengah makan terjumpa makanan yang penuh dengan telur lalat, mahu sakit perut dibuatnya!

Baca juga: Gara-Gara Tak Pandai Kupas Mangga, Calon Menantu Disindir ‘Pedas’ Oleh Bakal Mak Mertua

JUMPA TELUR LALAT ‘BERKAMPUNG’ DALAM KERANG

Wanita yang dikenali dengan nama @dahlahgangerti_ dari Indonesia menerusi aplikasi TikTok itu telah menemui telur lalat pada kerang yang dimakannya. Terkejut dengan penemuan itu, katanya kerang tersebut pada awalnya tertutup. Namun apabila dibuka terdapat banyak telur lalat! Geli!

Mungkin ramai yang pelik dengan situasi ini bagaimana boleh berlaku, namun jelas kelihatan menerusi video tersebut telur lalat memenuhi ruangan dalam kerang berkenaan. Lihat secara jauh pun sudah sangat menggelikan. Apatah lagi jika dilihat secara terang-terangan….

“MAHU CIRIT BIRIT DIBUATNYA…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok berasa geli dengan kejadian tersebut. Namun ada juga warganet yang mengatakan risau apabila membeli makanan laut dari luar. Lebih rela masak sendiri katanya.

Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan sangat takut untuk beli makanan dari luar memandangkan sejak kebelakangan ini banyak yang berkongsi video mengenai kejadian yang hampir sama.

Sumber: Tiktok@dahlahgangerti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×