Ramai tak peminat kek pisang kukus kat sini?
Mestilah ramai kan…
Di Malaysia, kek pisang adalah antara menu yang menjadi kegemaran ramai.
Baunya bila dibakar atau dikukus, memang marvellous!
Ada yang mengkombinasikan kek pisang dengan coklat menjadi kek pisang coklat, dan ada yang mengubahsuai ala-ala kek marble menjadi kek pisang marble, seperti yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari ini.
Menarik kan?
Jadi, apa tunggu lagi, jomlah kita tengok resepi kek pisang marble kukus yang simple, sedap, dan mungkin anda tak pernah cuba lagi.
Sesekali kalau cuba tentu seronok juga buat kelainan.
Berbanding kek pisang biasa, kek pisang marble ni ada campuran rasa koko sikit, macam dalam kek marble tu.
Mudah je nak buat tau.
Resepi Kek Pisang Marble Kukus
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek pisang marble kukus.
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 1 cwn gula (blend halus)
- 1 cwn pisang emas (dilenyek)
- 1 cwn minyak masak
- 2 cwn tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- 1 sudu besar ovalette
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
1. Satukan Telur, Gula, Baking Powder Dan Ovalette
Satukan bahan seperti telur gula baking powder ovalette.
Blender atau mixer sampai adunan jadi putih gebu.
2. Tuang Minyak & Pisang Yang Telah Dilenyek
Selepas itu, tuang minyak dan pisang yang telah dilenyek tadi.
Sambung blender atau mixer sekejap hingga sebati.
3. Masukkan Tepung
Kemudian baru masukkan tepung.
Kita sambung mixer atau blender lagi hingga sebati.
4. Bahagikan Adunan Kepada 2 Bahagian
Keluarkan hasil blender atau mixer tadi dan bahagikan adunan kepada dua.
Yang satu biar kosong manakala yang satu lagi letak serbuk koko.
Kacau sebati.
5. Satukan Semula & Masuk Dalam Loyang
Sekarang kita boleh sediakan loyang dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan adunan tadi secara berselang seli. Boleh gunakan lidi untuk corakkan ikut citarasa kita.
6. Kukus
Akhir sekali, kukus selama 35 minit.
Masa nak letak dalam pengukus tu, pastikan air betul-betul mendidih ya.
P/S: Kalau korang tak ada pengukus atau ketuhar pembakar (oven), bole cuba cara ni: Tak Ada Oven Pun Boleh ‘Baking’. Ini Cara Bakar Kek Pisang Guna Kuali Je
Siap!
Selepas siap dikukus, inilah hasilnya.
Nampak sedap dan gebu kan?
Senang je nak buat… Insha Allah menjadi kalau ikut semua steps ni.
P/S: Mana yang rasa nak cuba kek pisang versi coklat, boleh tengok resepi ini: Resepi Kek Pisang Coklat Paling Simple Gaul Guna Garfu Je. Sedap & Lagi Moist Lepas Semalaman
Selamat mencuba!
*Sumber resepi asal: Masni Bahari