Dapur

Resepi Kari Daging Ala Pakistan Viral, Memang Sedap Makan Dengan Roti!

22
SHARES

Pasti ramai dalam kalangan kita yang gemar dengan juadah kari daging. Betul tak? Memang sedap kalau dipadankan dengan nasi atau lemang. Kalau anda pengemar kari dan inginkan kelainan dan keistimewaan, apa kata cuba resepi kari daging pakistan seperti perkongsian pengguna Facebook. Belum cuba, belum tahu!

Baca juga: Resepi Lamb Grill Homemade, Power & Sedap Macam Dekat Kedai!

RESEPI KARI DAGING ALA PAKISTAN VIRAL, MEMANG SEDAP MAKAN DENGAN ROTI

Resepi kari daging Pakistan. Saya kongsikan step memasak kari daging pakistan. Menu ni memang favourite kami sekeluarga. Kalau lama tak makan pandai terindu-rindu kata orang sabah.

Bahan-bahan: 

  • 2 kilogram daging manis
  • 2 kilogram sawi hijau
  • 4 biji ubi kentang
  • 5 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • Bawang merah 7 ulas
  • Bawang putih 8 ulas
  • Halia 3 inci
  • Minyak 1-2 cawan

Nota: kalau nak makan bersama nasi. Masak nasi letak garam dalam setengah ke 1 sudu. Sedap juga makan dengan roti.

Cara penyediaan:

1. Sediakan daging dan potong dadu.

2. Basuh, toskan kemudian perap garam,kunyit. Air asam secukupnya (jangan terlalu banyak)

3. Sayur sawi hijau dalam 2-3kg. Basuh dan kemudian potong halus.

4. 4 biji ubi kentang (potong dadu) 5 biji tomato (hiris nipis) 1 labuh bawang besar (hiris nipis)

5. Bahan tumisan bawang merah 7 ulas, bawang putih 8 ulas dan halia. Kekalkan rasa yang enak hanya tumbuk guna lesung batu bahan tumisan.

6. Panaskan minyak secukupnya. Kalau nak sedap banyakkan minyak. Kalau nak sihat kurangkan minyak.

7. Masukkan bawang besar, bila dah naik bau masukkan tomato.

8. Saya penggemar serbuk kari 888 dan selalu guna brand ni. Masukkan anggaran 150gm kari 888. Kalau nak pedas lagi boleh masukkan 200gm.

9. Bila bawang dan tomato dah lembik, kecilkan api dan masukkan kari. Penting kecilkan api supaya tak hangit. Gaul hingga rempah sebati dan naik bau.

10. Bila kari dah masak dan naik bau, masukkan daging dan ubi kentang.

11. Gaul lagi, kemudian masukkan perasa garam gula dan penyedap rasa. Gaul sebati.

12. Bila dah sebati tutup masakan dan kecilkan api sehingga air daging keluar. Bila daging dah berair besarkan sedikit apinya.

Nota: jangan tambah air sebab daging dah sedia berair ya, sayur sawi pun berair juga. Hanya tambah sikit-sikit air bila diperlukan.

13. Bila daging dah hampir empuk masukkan sayur sawi. Lupa ambik gambar selasa sawi dicampak masuk.

14. Alhamdulillah dah masak dah. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Facebook Teratai Putih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×