Dapur

Resepi ‘Kacang Cinta Ketagih Viral’, Sekali Kunyah Memang Tak Boleh Berhenti

13.3K
SHARES

Sambil-sambil tengok tv lebih syok kalau ada kudap-kudap untuk dibuat kunyah. Lebih-lebih lagi bila tengah layan movie bersama keluarga, memang ralit. Jadi, wanita ini telah kongsi resepi kacang cinta ketagih yang memang sesuai untuk jadikan snek kunyah. Bukan itu saja, boleh buat stok untuk makan sendiri di rumah atau boleh juga untuk jana pendapatan. Mesti laku keras dan kejap je habis!

RESEPI KACANG CINTA KETAGIH

Kacang cinta ketagih resepi turun temurun. Assalamualaikum..Atas permintaan ramai Kak Ah tunjuk satu per satu. Setiap gambar ada cara-caranya.. Jadi mudah kerja kan.. Kak Ah harap jelas untuk sahabat-sahabat Kak Ah buat nanti.. Saya halal dunia akhirat resepi ni.. Jom sama-sama jana pendapatan bersama resepi yang saya kongsi.

BAHAN-BAHAN

Kacang tanah 1 KG

Gula 2 cawan

Garam 2 sudu besar

Serbuk cabai ikut kesukaan masing-masing

Telur ayam 2 biji

Tepung gandum untuk digaul

CARA-CARA

Kisar kering bahan-bahan gula, garam dan serbuk cabai.

Selepas dikisar, masukkan telur dan gaul

Hasil bahan yg digaul bersama telur..

Masukkan kacang yang tak dibuang kulit..Kacang tak perlu dibasuh, kadang-kadang dalam kacang tu ada batu… kecil-kecil… dan sampah-sampah…kalau basuh nanti tak garing..


Gaul sebati sehingga jadi macam ni..

Masukkan kacang yang bersalut bahan-bahan tadi didalam tepung… dan gaul sampai lekat tepung di kacang..

Salut kacang-kacang tu sampai jadi macam ni…

Panaskan minyak untuk menggoreng..

Goreng sampai meletup-letup tanda dah masak.. dan sejat di atas penyejat untuk turunkan lebihan minyak..

Taaaadaaaaaa dah siap.

Sumber: Shazirah Omar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×