Dapur

Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Crunchy Krup Krap. Serius Ketagih!

6K
SHARES
resepi jeruk mangga asam boi

“Wah, kecur air liur tengok jeruk mangga asam boi ni kat FB. Rasa macam nak order je sebalang…”

Sekarang ni dah macam-macam benda dijual online, termasuklah makanan. Antara yang popular termasuklah jeruk mangga asam boi ni kan?

Memang syok makan jeruk mangga macam ni, boleh ketagih dibuatnya. Kalau nak ikutkan, sebenarnya nak membuatnya tak susah pun. Lagi jimat dan sedap kalau buat sendiri sebab kita boleh adjust ikut citarasa kita.

Apa kata kita cuba resepi jeruk mangga asam boi hasil perkongsian Puan Siti Suhaida Mohd Sani ini. Cukup ringkas dan mudah tapi memang boleh buat ketagih. Rangup pun rangup!

Ini resepinya.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Rangup & Mudah

Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan

  • 2 biji mangga
  • 1 sudu teh kapur makan
  • Air gula (lebih kurang 1 cawan gula + 2 @3 cawan air)
  • Asam boi
  • Cilipadi ikut suka nak pedas mana

Cara-cara

1. Kupas Mangga

Mula-mula basuh dan buang kulit mangga macam biasa.

Hiris panjang-panjang tapi jangan nipis sangat sebab nanti tak rangup pula.

2. Rendam

Seterusnya kita rendamkan mangga dengan air yang dibancuh dengan 1 sudu teh kapur makan. Biarkan 1 jam.

Tujuan merendam dengan air kapur ni untuk bagi mangga tu rangup.

Kalau yang tak ada kapur dekat rumah boleh gantikan dengan garam kasar segenggam atau cuka.

resepi jeruk mangga asam boi

3. Cuci

Lepas sejam, cuci semula mangga tadi bersih-bersih. Lepas tu toskan dan bolehlah masukkan ke dalam balang.

4. Bubuh Air Gula, Asam Boi & Cili

Kemudian kita bancuh air gula dan tunggu sejuk. Bila dah sejuk baru tuang ke dalam balang bersama asam boi dan cili.

5. Sejukkan Lagi Sedap

Dah siaplah jeruk mangga asam boi crunchy kita. Simpan dalam peti ais semalaman baru sedap makan sejuk-sejuk. Bahan-bahan tadi pun dah bersatu dan lagi kaww rasa jeruk mangga tu.

Senang Sangat!

Haa… Kan ke senang sangat nak buat jeruk mangga asam boi ni. Yang suka pedas, bubuhlah cili tu lebih sikit. Baru power!

Selamat mencuba.

Resepi jeruk mangga asam boi ini dikongsikan oleh Puan Siti Suhaida Mohd Sani menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut boleh follow post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×