Dapur

Resepi Jelly Papaya Viral Paling Senang Nak Buat, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

30
SHARES
jelly papaya

Kadang-kadang bila datang cuaca panas, mesti tekak rasa nak makan makanan yang sejuk-sejuk sahaja kan? Selain minuman sejuk, tekak rasa juga nak makan pencuci mulut yang diperbuat dari buah-buahan juga. Oleh itu, apa kata anda cuba buat jelly papaya yang bukan sahaja menyejukkan tekak malah makan betik juga boleh membantu melawaskan sistem pencernaan. Jom try!

Baca juga: Resepi Somtam Mangga Style Ibu, Kecur Air Liur Dibuatnya!

RESEPI JELLY PAPAYA, MAKAN SEJUK-SEJUK SEDAP!

Cerita jelly papaya. Pertama kali lihat & jumpa di satu kedai jual cookies di Kempas Johor Bahru (satu row dengan Rest Satay Wak Radol) tahun 2012. Saya beli & ringankan mulut tanya seller cara-cara membuatnya. Selepas tu saya banyak kali buat papaya jelly untuk majlis makan-makan. Beberapa kali demonstrate pada ahli keluarga dan rakan-rakan cara membuatnya. Stop buat almost 3 tahun lepas. Tapi raya tahun 2022 ni dapat buat 3 kali (ada pula yang pm minta resepi). Alhamdulilah. Saya sedekahkan recipe dan cara-cara membuatnya yang simple & senang:

BAHAN-BAHAN

jelly papaya

Untuk 2 biji papaya

Belah 2 papaya dah keluarkan biji (rujuk gambar)

Keluarkan isi cara memanjang

Recipe untuk jelly:

1 packet jelly stripe

1 tin susu sejat (evaporated)

Gula 6 sudu

Air 3 cawan

Cara-cara:

jelly papaya

1.Didikan air

2.Masukan gula. Gaul sampai gula cair sepenuhnya.

3.Masukkan jelly strip dan biarkan hingga sebati.

4.Masukan susu sejat.

5.Bila sudah mendidih tutup api dan guna penapis masukan ke mangkuk besar.

6.Masukan jelly ke dalam papaya dan susun isi papaya cara memanjang.

7.Sejukan dalam fridge dan sedia untuk di potong & dimakan. Jika simpan dalam fridge boleh tahan satu minggu.

Sumber: Liza Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×