Dapur

Asyik Buat Cencaru Sumbat Je? Cuba Pula Resepi Cencaru Rebus Bersama Sos Pencicah Special

22
SHARES

Selalu kalau pergi ke pasar, ikan cencaru adalah antara ikan yang menjadi pilihan. Memang sedap bila digoreng dan dibuat cencaru sumbat, menu berasakan ikan ini sahaja boleh membuatkan anda makan nasi sampai bertambah-tambah. Tetapi, pernah tak anda mencuba resepi ikan cencaru yang direbus dan dicicah bersama sos istimewa? Mesti tak pernah kan?

Oleh itu, terapat satu perkongsian viral di laman Facebook dimana wanita berbangsa Cina ini berkongsikan resepi iakn cencaru rebus bersama sos cicah istimewa homemade. Resepi ini dikongsikan untuk rakan-rakannya yang beragama Islam supaya dapat dijadikan menu berbuka atau sahur nanti.

RESEPI IKAN CENCARU REBUS RESEPI RAMADHAN

Biasanya ikan cencaru masak cara sambal sumbat, tapi hari ini Amoijamu kongsikan resepi yang berlainan sedikit ya. Kita buat cara rebus. Kebetulan beli ikan cencaru yang segar bugar, maka saya dinasihatkan penjual ikan untuk merebus untuk menikmati dagingnya yang segar, lembut, manis, dan harum. Sedap kan… jom kita lihat video cara penyediaannya. Oh ye, saya akan kongsikan juga cara untuk mengeluarkan bisa dari bahagian ekor ikan cencaru didalam video juga.

Ikan Cencaru Rebus :

3 Ekor Ikan Cencaru

Saiz tapak Halia dibersihkan dan dihiris kepingan

Air untuk rebus

Sos Cicah :

4 sudu besar makan Sos Kicap Cair

4 sudu kecil teh Gula

4 biji Limau Kasturi diambil jus

4 biji Bawang Merah Kecil dihiris

4 tangkai Cili Padi dihiris

Cara penyediaan Ikan Cencaru Rebus :

1. Siangkan ikan. Keluarkan insang dan organ dalaman.

2. Cuci bersih dengan garam.

3. Keluarkan bisa ikan dari ekornya. Kerat ekornya tapi jangan sampai putus. Pusingkan ekornya sehingga longgar . Pegang erat badan dan tarik bahagian ekor yang longgar.

4. Isikan separuh periuk dengan air dan masukkan hirisan halia. Panaskan air sehingga mendidih.

5. Masukkan ikan kedalam air mendidih dan tutup periuk.

6. Biar masak 6 ke 8 minit sehingga mata bertukar putih. Boleh keluarkan. Hidangkan bersama kuah cicah.

Cara penyediaan sos cicah :

Gaulkan bawang merah dan cili.

Tambah gula . Gaul rata.

Akhir sekali masukkan kicap dan jus limau kasturi.

Siap!

Sumber: Amanda Tan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×