Dapur

Resepi Eye Candy Untuk Anak, Tak Sampai RM10 Buat Sendiri Lebih Jimat!

47
SHARES

Siapa pernah tengok dan cuba gula-gula berbentuk mata? Kalau beli di luar mahal harganya boleh mencecah sehingga RM50 tetapi kalau buat sendiri di rumah murah sahaja tak sampai RM10.

Bagi ibu-ibu di luar yang ingin mencuba membuat eye candy, apa kata cuba resepi perkongsian oleh Puan Sasha Sabrina di laman Facebooknya. Rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Asyik Makan Bubur Je, Si Ibu Kongsi Resepi Rice Egg Roll Supaya Anak Tak Bosan!

RESEPI EYE CANDY UNTUK ANAK, TAK SAMPAI RM10

Resepi homemade Googley Eyes Candy Sprinkle. (350 pasang mata) Beli RM 50, buat sendiri RM2 je! All you need is 5 minit dan 3 bahan.

Dah la jimat, Sedap ok. Tak keras macam yang beli tu. My girl umur 5 tahun seronok sangat buat mata mata ni. Sambil buat sambil ngap yang dah kering. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula icing
  • 1 biji putih telur (sejuk)
  • 1 sudu makan air sejuk

Cara penyediaan: 

1. Putar semua bahan selama 5 minit (kelajuan paling tinggi)

2. Warnakan 1/4 adunan dengan gel pewarna hitam & masuk dalam piping bag.

3. Picit ikut saiz pilihan atas kertas minyak & biarkan sampai kering @ bakar pada suhu 110c selama 15-30 minit.

4. Simpan dalam bekas kedap udara. Tahan 1 tahun.

Mesti anak-anak suka kan? Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Sasha Sabrina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×