Dapur

Lebih 11k Shares, Resepi Donut Dark Coklat Arang ‘Gerenti’ Sedap!

27
SHARES

Sebelum ini viral di media sosial donut red velvet dan rata-rata warganet mencuba resepi yang dikongsi di laman Facebook. Selain donut red velvet, viral juga donut ‘hitam’ iaitu dark coklat arang seperti perkongsian Che Azawimie Che Zahari di laman Facebook dan menerima lebih 11 ribu perkongsian. Jom cuba resepinya di bawah.

Baca juga: Resepi Viral Donut Pandan Gula Melaka, Lembut & Lemak Berkrim!

LEBIH 11K SHARES, RESEPI DONUT DARK COKLAT ARANG GERENTI SEDAP

Hitam bukan sebab hangit tau, hitam sebab menawan. Mula-mula buat sikit je nak buat rasa-rasa. Menyesal pula sebab sedap sangat.  

Bahan-bahan:

  • 1kg high protien
  • 12gm dry yeast
  • 1tbsp gula kastor
  • 1stp salt
  • 1tbsp shortening
  • 1tsp k-fine
  • Susu uht secukupnya
  • Pewarna hitam
  • 2tbsp coco powder
  • 1tsp serbuk arang @ charcoal powder
  • 1tsp capucino paste

Cara penyediaan: 

1. Masuk semua bahan ke dalam mesin. Uli sehingga menjadi doh.

2. Rehatkan dan biar doh kembang. Bentuk bulat seperti donut dan goreng menggunakan api kecil.

3. Goreng sehingga masak. Jangan terlalu lama. Angkat dan sejukkan. Boleh salut dengan gula castor dan susu tepung.

Selamat mencuba! Sedap dijadikan juadah minum petang bersama keluarga tersayang.

Sumber: Facebook Che Azawimie Che Zahari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×