Dapur

Resepi Honey Butter Cornflakes Yang Tak Melekit, Lebih Rangup & Tak Muak

843
SHARES

Sepanjang kita berada dalam bulan Ramadan, bukan sahaja resepi menu-menu utama seperti nasi dan lauk pauk akan dicuba malah resepi biskut raya pun mesti menjadi pilihan. Walaupun banyak kuih raya dijual di pasaran, namun ramai dalam kalangan kita masih memilih untuk buat sendiri di rumah bersama keluarga.

Antara kuih raya yang menjadi pilihan ramai adalah cornflakes madu kerana rasanya yang manis dan garing. Memang sedap! Tetapi, ada juga yang kurang menggemarinya kerana agak melekit dan boleh muak kerana terlampau manis. Jadi, anda yang tidak sukakan kuih raya melekit itu, boleh cuba pula Honey Butter Cookies Cornflakes yang pastinya tidak muak.

Resepi Honey Butter Cornflakes

Lain sikit dari cornflakes madu yg biasa tu. Anak-anak lebih suka yang ini. Tak melekit, lebih rangup dan tak muak.

Bahan-bahan:

-250g butter (saya pakai buttercup je)

-3 sb madu

-1 biji kuning telur

-3 sb susu pekat manis

-1 cawan gula halus

-500g cornflakes

1. Pukul gula dan butter hingga kembang. Masukkan telur, susu dan madu, pukulkan lagi.

2. Gaulkan bersama 500gram cornflakes

3. Gaul sebati. Gunakan bekas yang banyak untuk adunan banyak.

4. Masukkan ke dalam cup, tabur warna warni. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit atau sehingga garing.

5. Siap!

*Boleh buat untuk Raya!

Sumber: Nina Diana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×