Dapur

Resepi Cinnamon Roll Ekspres Guna Paratha Instant. Simple Tapi Sedap Macam Bakery

191
SHARES
resepi cinnamon roll

RESEPI CINNAMON ROLL EKSPRES GUNA PARATHA

Musim PKP ni ramai yang cuba macam-macam resepi menarik dan kreatif kan?

Memang nampak menyelerakan sangat resepi cinnamon roll yang dikongsikan oleh Wan Ramlah Wan Rahimi menerusi Facebook ni.

Hanya dengan menggunakan beberapa bahan mudah, kita boleh buat sendiri cinnamon roll yang gebu dan lazat seperti di kedai roti atau bakery. Fuh, memang dapat bayangkan kalau dapat makan panas-panas masa beru keluar oven / air fryer tu! Cicah pulak dengan kopi, confirm terangkat….

Jom kita cuba resepi cinnamon ekspres yang menyelerakan ini hanya dengan menggunakan paratha instant – tak perlu uli!

Resepi Cinnamon Roll Ekspres

Cinnamon rolls express untuk hi-tea lepas WFH…

Lemak, manis, rangup…cukup rasa & sedap di tekak sendiri… Hehe.

Jom cuba buat. Mudah sangat!

Ini bahan-bahan dan cara nak buat.

Bahan-bahan:

  • 4 kpg paratha
  • 3 sudu butter
  • 2 sudu nestum
  • 2 sudu susu tepung
  • 1 sudu cinnamon powder
  • 1/2 cwn gula perang

Cara-cara:

1. Mula-mula kita gaul sebati butter+nestum+susu tepung+gula perang+ serbuk cinnamon.

Dah gaul nanti lebih kurang macam nilah rupa dia.

resepi cinnamon roll paratha

2. Kemudian susun 2 keping paratha.

Pastikan bertindan sikit kat tengah-tengah tu supaya kita boleh gulung jadi bentuk silinder dan dapat potong dengan mudah.

resepi cinnamon roll

3. Seterusnya sapu campuran cinnamon tadi pada bahagian atas paratha nipis-nipis.

resepi cinnamon roll paratha

4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas.

Lebih kurang macam ni bentuknya.

cinnamon roll resepi

5. Bahagikan kepada 8 bahagian.

Kemudian potong 8 bahagian gulungan tadi.

6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris dengan butter.

Baca juga: Nampak Serupa, Tapi Ini 5 Perbezaan Antara Marjerin Dan Butter

7. Sedia untuk dibakar.

Panaskan AF 200/5min.

8. Bakar cinnamon rolls pada suhu 200/10min. Saya guna air fryer.

(Nak guna oven pun boleh, terpulang pada suhu oven masing-masing.)

Inilah hasilnya!

Dah boleh makan panas-panas. Dapatlah jimat masa PKP ni. Boleh makan ramai-ramai dekat rumah.

Tak payah nak keluar pergi bakery atau kedai roti. Sedap pun sedap!

Mudah sangat kan? Tak payah nak uli-uli dah. Memang best kalau ada stok paratha instant dekat rumah. Macam-macam boleh buat sebenarnya.

Kalau nak tengok banyak lagi resepi menggunakan paratha instant oleh Puan Wan Ramlah Wan Rahimi, boleh ke link berikut:

Selamat mencuba!

*Kredit resepi asal oleh Wan Ramlah Wan Rahimi menerusi Group Facebook Resepi Air Fryer [Malaysia].

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×