Dapur

Ini Cara Buat Thai Banana Nutella Pancake Di Rumah, Rasa ‘Sebijik’ Macam Makan Di Thailand!

8
SHARES

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, maka kita tidak dapat lagi merasa untuk melancong seperti dahulu. Antara negara terdekat yang paling dirindui oleh orang ramai adalah negara Thailand dimana melancong ke negara ini sudah pasti dapat menyajikan bukan sahaja keseronokkan malah pilihan makanan yang enak.

Salah satu makanan yang menjadi kegilaan ramai adalah Thai Banana Nutella Pancake yang boleh popular di negara tersebut. Jadi, salah satu cara untuk mengubat rindu ini adalah dengan buat sendiri juadah manis ini di rumah. Apa yang penting adalah rasa pancake terjamin sama macam di Thailand!

BAHAN-BAHAN YANG ANDA PERLUKAN

1. Sebungkus roti paratha yang frozen

2. Sebiji pisang

3. 2 sudu besar Nutella

4.1 sudu butter (unsalted)

5. 1 sudu gula

6. 1 sudu susu pekat

CARA-CARANYA

1. Nyahbeku roti paratha selama 5 minit.

2. Sediakan sehelai baking paper dan letakkan roti paratha yang sudah dinyahbeku.Kemudian lenyekkan roti paratha tersebut seperti roti canai supaya lebih lebar.

3. Potong pisang kepada 12 potongan dan letakkan di tengah-tengah roti paratha.

4. Kemudian, lipat hujung roti paratha supaya dapat tutup pisang di dalam seperti gambar di bawah

5. Panaskan non-stick pan dan masukkan butter terlebih dahulu dan masukkan paratha.

6. Rahsia untuk mendapatkan crepe yang sedap adalah, apabila permukaan bawah paratha sudah garing, sadrukan sedikit gula dan terbalikkan bahagian lain. Masak selama 4-5 minit.

7. Sejukkan paratha sebentar dan potong ke 12 bahagian. Boleh letak Nutella dan tuang sedikit susu pekat di atas. Siap!

Sedapnya! Macam yang dimakan di Thailand kan?

Sumber: Von Chin

Most Popular

To Top
×