Dapur

Resepi Chicken Mango Paling Simple & Menjilat Jari. Ratah Pun Sedap!

4.4K
SHARES
Resepi chicken mango

Sesekali bila dah bosan makan gulai dan lauk biasa, bolehlah cuba resepi chicken mango ni.

Memang sedap dan puas hati buat sendiri.

Cukup rasa manis, masin, masam, dan rangup bila dikunyah.

Ratah macam tu je pun dah sedap. Kena cuba!

Jom tengok resepi chicken mango oleh Puan Hawa Qalisha Ikin menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Chicken Mango Paling Simple & Sedap

i) Untuk Ayam

Bahan-bahan

  • Isi ayam (bahagian peha / dada)
  • Tepung goreng ayam segera( saya guna brand NONA)
  • Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.
  2. Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
  3. Sakutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna.
  4. Goreng hingga kekuningan(deep fry)

Resepi chicken mango

ii) Untuk Sos & Dressing

Bahan-bahan

  • Mangga muda
  • Carrot
  • Daun ketumbar
  • Sedikit bawang besar

Cara-cara

Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.

Resepi chicken mango

iii) Untuk Sos

Bahan-bahan

  • Plum sos
  • Sos tomato
  • Sos Thai
  • Gula
  • Cili api potong
  • Perahan jus limau nipis
  • Sedikit bijan (jika suka)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
  2. Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
  3. Potong ayam dan gaul dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.

Siap!

Mudah dan sedap. Sesekali buat kelainan mesti seronok kan?

 

*Kredit resepi: Hawa Qalisha Ikin & Iza Farishaa via MAHN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×