Dapur

Resepi Burger Omelette Ala McD Untuk Sarapan, Roti Gebu & Telur Tebal!

12
SHARES

Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting dalam kehidupan seharian kerana dapat membekalkan tenaga. Kalau dah bosan makan nasi lemak hari-hari, pasti akan ada hari apabila anda berkunjung ke restoran makanan segera seperti McDonald’s yang menyediakan menu sarapan yang enak seperti burger omelette.

Rupanya anda boleh buat sendiri burger sebegini di rumah dalam kuantiti yang banyak supaya lebih puas makan! Jom kita tengok resepinya…

Baca juga: Resepi Donut Susu Viral, Buat Sendiri Lagi Puas & Gebu!

BAHAN-BAHAN ROTI BUN BURGER

-500gm tepung roti – beli online di sini

-70gm gula kastor – beli online di sini

-1 sudu besar yis kering (SAF)

-1 sudu besar susu tepung – beli online di sini

-1 biji kuning telur

-1 sudu teh garam

-50gm marjerin @ mentega

-10gm pelembut roti

-280 – 300gm air sejuk

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker (BM) kecuali garam.

2. Masukkan garam selepas 5 minit uli dalam BM.

3. Kemudian, timbang doh 75 ke 80gm bagi setiap satu.

4. Letakkan doh di dalam acuan ring saiz 4 inci (boleh beli di shopee, taip guna ring burger)

5. Sebelum bakar, spray dengan susu full cream. Selepas bakar, tak payah sapu apa-apa.

6. Bakar di dalam ketuhar dengan menggunakan suhu 170C selama 20 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing ye)

7. Kemudian, bolehlah lengkapkan dengan omelette dan daging burger serta sos.

Sumber: Nor Asiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×