Dapur

Comelnya Biskut Meringue Kisses. Cuma 3 Bahan, Sesuai Buat Doorgift

resepi meringue cookies

“Ingat nak buat sendiri doorgift untuk majlis kahwin adik nanti. Kalau boleh nak something yang comel-comel je tapi simple dan tak makan banyak masa. Apa idea yang seronok ya?”

Sesekali mesti rasa teringin nak tengok hasil air tangan sendiri berbanding sesuatu yang ready-made. Apa kata cuba buat manisan Meringue Kisses (sebutannya: me-reng) yang comel dan unik ini. Sesuai sangat dijadikan doorgift, hidangan candy buffet, hiasan untuk kek atau boleh juga dimakan saja-saja.

Meringue adalah sejenis pencuci mulut yang sering dikaitkan dengan masakan Perancis, Switzerland dan Itali. Secara tradisinya ia dibuat daripada putih telur yang dipukul dengan gula. Memang mudah membuatnya, mari kita tengok perkongsian resepi ringkas oleh Puan Natasha ini.

Resepi Biskut Meringue Kisses

Bahan-bahan

  • Gula castor 300g
  • Putih telur 150g
  • Pewarna makanan

Nota: Sukatan gula dengan putih telur bergantung pada berapa banyak kita nak buat. Yang penting sukatan gula mesti dua kali ganda daripada sukatan putih telur.

Cara-cara

1. Double Boil

Mula-mula campurkan putih telur dengan gula dalam satu mangkuk.

Kemudian panaskan atas air mendidih secara double boil sampai gulanya larut. Kena kacau selalu ya supaya tak berketul-ketul.

2. Pukul Dengan Mixer

Masukkan campuran putih telur dengan gula yang dah larut tadi ke dalam mixer.

Pukul sampai adunan seakan-akan berkilat. Bila dah jadi meringue, kalau diangkat mixer tu adunannya ‘bertanduk’ dan bila terbalikkan mangkuk pun ia tak jatuh ke bawah.

3. Tambahkan Pewarna

Pewarna tu saya lorekkan pakai lidi sate di bahagian dalam piping bag. Terpulang nak pakai warna apa atau nak lorekkan macam mana ya.

4. Piping

Seterusnya bolehlah ‘pipe’ kan meringue ikut bentuk yang kita suka.

5. Bakar Dalam Oven

Sambil tu boleh pre heat kan oven. Bakar dalam suhu 100 darjah celsius selama 50-60 minit.

Lepas bakar, biarkan dalam oven sampai sejuk.

Siap!

Bila dah siap, beginilah hasilnya. Comel, kan? Teksturnya ringan dan rangup. Bila dimakan, terasa cair di mulut. Sedap!

resepi meringue

resepi biskut meringue

Boleh masukkan dalam bekas kedap udara untuk disimpan.

Ada banyak lagi cara anda boleh mewarna dan menggayakan biskut meringue macam contoh di bawah ini. Disebabkan bentuk dan warnanya yang comel, memang sesuai dibuat doorgift, kan?

      

Anda juga boleh pelbagaikan rupa dan rasanya seperti contoh ini.

   

Mudah saja cara membuatnya. Bahan asasnya pun mudah dapat.

Jadi, apa lagi tunggu. Selamat mencuba!

 

*Resepi asal Meringue Kisses ini disumbangkan oleh Puan Natasha Ahmad Kamal menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

Yang Popular

To Top