Dapur

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Cip Crunchy Sedap. Tanpa Mixer, Tak Perlu Ayak!

890
SHARES

Dah hampir musim perayaan ni mungkin ada yang nak buat bisnes cookies atau saja buat untuk kudap-kudap di rumah masa PKP ni kan?

Apa kata cuba resepi biskut cornflakes coklat cip yang sangat sedap dan rangup ni. Memang mudah nak buat dan menjadi.

Jom tengok resepi yang telah dicuba oleh AnNur Lawi ni. Nampak sedap betul… Senang pulak tu sebab tak payah nak pakai mixer dan tak perlu nak ayak bagai!

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Cip Crunchy

Alhamdulillah menjadi biskut cornflakes coklat chip.

Resipi saya dapat dari group Masak Apa Hari Ni (MAHN).. Terima kasih kepada Puan Syuhada Che Din yang share.

Saya ikut sebiji sebiji. Ini resepinya.

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Cip Crunchy

Bahan-bahan :

  • 250g buttercup atau boleh guna planta
  • 1 cawan gula aicing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond cincang (optional)

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Cip Crunchy

Cara-cara:

  1. Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
  3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
  5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
  6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

NOTA: Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Boleh rujuk langkah bergambar di bawah:

Resepi biskut cornflakes coklat cip

Ini rupanya bila dah gaulkan semua bahan.

Resepi biskut cornflakes coklat cip

Kemudian jarakkan macam ni masa nak masuk oven.

Resepi biskut cornflakes coklat cip

Ini kejadian masa membakar. Ting! Dah siap…

Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras.

Fuhh, tak sabar nak makan kan?

Resepinbiskut cornflakes coklat cip

Yang lebih tu boleh simpan dalam balang kedap udara. Sejukkan dulu baru susun dalam balang ok!

Resepi biskut cornflakes coklat cip

Selamat mencuba!

*Sumber: AnNur Lawi via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resepi Cookies Peanut Butter 4 Bahan. Gaul Guna Sudu Je, Confirm Ranguplah!

Baca juga: Resepi Biskut Makmur Tanpa Oven, Tak Payah Bakar. Simple & Sedap Sangat!

Most Popular

To Top
SKIP THIS AD ×