Asuh

Ini Resepi Biskut Bayi Cair Di Mulut. Boleh Campur Susu & Jadi Bubur

8.8K
SHARES
resepi biskut bayi

Seronoknya mak-mak nak bagi anak makan bila umur mereka dah masuk 6 bulan. Si kecil pun tentu teruja bila kita hulurkan makanan padanya.

Kadang-kadang bayi lebih suka makan finger food sebab mereka nak pegang sendiri makanan tu. Ada pula yang tengah nak tumbuh gigi, memang sesuai bila diberi biskut begini untuk melegakan rasa tak selesa pada gusinya yang gatal. Sesekali boleh juga cairkan biskut dengan susu dan makan macam bubur. Yang penting, no salt, no sugar!

Mari kita tengok resepi biskut bayi yang disumbangkan oleh Puan Nurul Wahida Rosli. Mudah, cepat, sihat dan berkhasiat.

Resepi Biskut Bayi Cair Di Mulut, Boleh Campur Susu & Jadi Bubur

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya langkah demi langkah.

Bahan-bahan

  • 1 ketul unsalted butter (saya guna jenama Anchor)
  • 3 cawan unbleached flour (saya guna tepung gandum jenama Faiza)
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • Puree kurma/ pisang / carrot /kismis (2 Oz pun cukup)

Cara-cara

1. Pukul Butter & Puree

Pukul butter smpai kembang sekali dengan puree.

2. Masukkan Tepung

Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Adunkan smpai tak melekat kat tapak tangan.

Kalau masih melekat, boleh tambah tepung gandum / tepung jagung sedikit.

3. Bentukkan 

Seterusnya bentukkan ikut bentuk kesukaan. Boleh guna cookie cutter atau bentukkan saja dengan tangan.

4. Bakar

Akhir sekali, bakar suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.

resepi biskut bayi

Siap!

Bila dah masak, tunggu sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Senang saja, bukan?

Daripada beli di luar, lagi bagus buat sendiri. Bahan-bahannya lebih terjamin. Boleh pelbagaikan dan ubah ikut citarasa anak juga. Sesekali dapat pula dijadikan bubur. Senang nak bawa travel atau balik kampung. Jimat pun jimat!

Jadi mak-mak yang ada anak kecil bolehlah save dan cuba resepi ini. Memang berbaloi buat sendiri.

*Resepi biskut bayi cair di mulut ini disumbangkan oleh Puan Nurul Wahida Rosli menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×