Dapur

Resepi Biskut Cream Cracker Homemade Untuk Bayi. Cuma 4 Bahan!

Sesekali nak juga bagi baby makan finger food yang dibuat sendiri dengan penuh kasih sayang. Yalah, lagipun yang kita beli ni selalunya mesti bergula dan tak sesuai untuk anak kecil.

Sebenarnya, tak susah pun untuk kita buat biskut sebegini. Malah dengan menggunakan bahan yang sihat, ia juga sesuai untuk dimakan seisi keluarga, lebih-lebih lagi bagi mereka yang diet.

Dalam artikel kali ini, kami menampilkan resepi istimewa oleh Puan Nurul Syahidah Ramli yang akan berkongsikan cara membuat biskut cream cracker untuk bayi.

Jom kita tengok resepi ini selengkapnya.

Resepi Biskut Cream Cracker Homemade Untuk Bayi

Hanya 4 bahan saja yang diperlukan. Jangan risau, semua bahan-bahan ini mudah didapatkan di kedai-kedai biasa.

Bahan-bahan

  • 1 cawan unbleached flour
  • 2 sudu unsalted butter
  • 1 sudu cream cheese
  • 2 sudu miyak zaitun
  • air secukupnya

*Unbleached flour yang saya guna mudah dicari di pasaran. Ada jenama Faiza, Cap Bunga Lily, Baker’s Choice dan lain-lain. Mana-mana brand tepung pun boleh, asalkan pada paketnya ditulis unbleached flour / tanpa bahan pemutih / tanpa bahan peluntur. Nak gunakan yang jenis organik pun lagi bagus.

*Unsalted butter pula saya gunakan jenama ini. Kalau brand lain pun boleh asalkan dilabel unsalted butter (tidak bergaram).

Bila dah cukup bahan-bahannya, bolehlah mula mem’biskut’.

Jom tengok cara membuatnya pula. Simple saja.

Cara-cara

1. Campur Bahan

Mula-mula, campurkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah bekas. Gaulkan sebati.

2. Masukkan Air

Masukkan air sedikit demi sedikit sampai menjadi doh.

3. Bentukkan Menjadi Biskut

Canai nipis dan buat bentuk ikut suka. Bentuk button/petak pun boleh.

Canai nipis-nipis baru sedap. Kalau tak, lambat bakar nanti.

4. Bakar

Sapukan dulang dengan unsalted butter. Kalau tak suka, boleh guna parchment paper untuk mengelakkan biskut melekat pada dulang.

Bakar pada suhu 150°c selama 20minit. Bergantung pada oven masing-masing.

Bila dah siap, beginilah hasilnya.

Sedap, Sihat & Mudah

Memang mudah. Rasanya pula rangup, macam cracker yang kita beli cap PingPong semua tu. Tapi yang kita buat dengan air tangan sendiri tentulah lebih special, kan?

Mak pun boleh makan dengan Nutella, krup krap sampai menjilat jari!

Selamat mencuba semua.

 

* Resepi biskut baby cream cracker ini disumbangkan oleh Puan Nurul Syahidah Ramli. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran.

** Bagi yang berminat mengikuti lebih banyak menu resepi bayi setiap hari serta tips penyediaan makanan bayi, jom follow FB My Little Foodie dan IG my_littlefoodie_ 

Most Popular

To Top