Asuh

Tawarnya! Bolehkah Tambah Sedikit Gula Dan Garam Pada Makanan Bayi?

2.4K
SHARES
gula dan garam pada makanan bayi 1

“Eh, asyik diludah saja bubur yang aku masak ni. Tadi buat makanan bayi guna buah pun dia makan sedikit saja. Agaknya bayi tak suka sebab tak sedap ke?”

“Hmm.. Tawar sangatlah bubur yang kamu buat ni. Patutlah ‘baby’ tak suka. Tak nak campur garam atau perasa sedikit ke?”

gula dan garam pada makanan bayi 1

Bayi tak mahu makan bukan kerana makanan itu tawar. / Foto Kredit: healthyharlem.org

Bayi Sebenarnya Tak Kisah Dengan Rasa Tawar

Berhenti! Ibu-ibu semua, bayi anda baru saja mahu mengenal makanan. Mereka bukannya memilih, tetapi ia adalah perkara yang normal.

Malah kajian pakar menunjukkan bahawa secara puratanya bayi perlu diperkenalkan dengan sesuatu makanan sebanyak 15 kali sebelum dapat menerimanya.

Pernahkah anda merasa makanan bayi organik yang dijual di pasaran? Ya, mungkin rasanya tidak sesedap makanan dewasa mahupun sesetengah makanan bayi komersial.

Tetapi, hakikatnya bayi tidak mempunyai kecenderungan terhadap rasa seperti orang dewasa. Maka, mereka tidak perlu kepada bahan penyedap makanan, seperti garam dan gula mahupun MSG.

Ganti makanan lain dengan bubur

Tak perlu tambah garam atau perasa dalam bubur bayi. Cukup sekadar menggunakan bahan segar.

Kenapa Kita Tak Perlu Tambah Gula Dan Garam Pada Makanan Bayi?

Di sini ada beberapa sebab lagi yang perlu anda tahu mengapa bayi tidak perlukan garam dan gula dalam makananannya.

1. Elakkan Bayi Ketagih

Sebab paling utama yang menyebabkan mereka tidak kisah dengan makanan yang tawar atau ‘tiada rasa’ adalah kerana deria rasa bayi masih belum dapat berfungsi sepenuhnya. Malah, mereka telah membesar dengan meminum susu badan yang tawar dan tidak mempunyai rasa selama 6 bulan.

Menurut Dr. Ashish Sahni, “Bayi belum tahu bahawa makanan akan berasa lebih sedap dengan menambahkan garam atau gula. Jadi, kenapa kita perlu memperkenalkan bahan ini terlalu cepat sehingga mereka menjadi ‘ketagih’ dan mula bergantung kepadanya?”

Anak susah makan

Kredit Foto: simplykatherine.com

2. Menyebabkan Bayi Kurang Menyusu

Apabila telah dibiasakan dengan gula dan garam pada makanan bayi, mereka akan menganggap makanan ini adalah yang ‘sedap’.

Lebih teruk lagi jika bayi menjadi lebih suka makanan tambahan berbanding susu ibu yang sepatutnya menjadi makanan utama sehingga 2 tahun.

Mereka akan kehilangan nutrisi semulajadi yang paling berkhasiat dan kaya dengan zat yang diperlukan untuk perkembangannya.

Tips banyakkan susu ibu

Foto Kredit: istockphoto.com

3. Kerosakan Gigi Dan Buah Pinggang

Makanan manis sering dikaitkan dengan masalah kerosakan gigi yang banyak berlaku pada kanak-kanak. Malah, tidak kurang juga yang telah rosak giginya sejak baru tumbuh lagi.

Ibu bapa yang terlalu awal memperkenalkan garam dan gula pada makanan bayi akan mendapati mereka membesar dengan kecenderungan terhadap makanan begitu sehingga meningkat usianya.

Pakar nutrisi menerangkan bahawa gula adalah suatu bahan yang sangat adiktif, di mana ia dapat membuat seseorang berasa ketagih. Selain itu, ia juga menjadi punca anak hiperaktif dan kurang daya tumpuan.

Sementara itu, kandungan garam yang berlebihan dalam makanan bayi juga boleh memusnahkan fungsi buah pinggang bayi.

sakit-gusi-akibat-tumbuh-gigi-pada-bayi

4. Menyebabkan Jangkitan Pada Telinga Dan Tekak

Selain daripada sakit gigi yang biasa dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan, terdapat juga komplikasi lain yang boleh menimpa bayi akibat pengambilan gula dan garam pada makanan bayi.

Antaranya termasuklah jangkitan pada telinga dan tekak.

Jika anda ingin memasukkan sedikit garam atau gula pun, haruslah menunggu hingga sekurang-kurangnya bayi berumur 1 tahun, dalam kadar yang terkawal.

Petua Menghilangkan Batuk

Foto Kredit: babycentre.co.uk

5. Mengurangkan Daya Imuniti Bayi

Gula dan garam pada makanan bayi bukan saja mengurangkan nilai khasiat, malah ia juga menjadi punca tubuh yang lemah dan tidak dapat menahan daripada serangan penyakit lain dalam jangka masa panjang.

Kajian menunjukkan anak kecil yang banyak mengambil gula lebih mudah terkena kencing manis, obesiti, serta menyebabkan jantung kurang efisyen.

gula dan garam pada makanan bayi

Foto Kredit: babyfoode.com

Pengganti Gula Dan Garam Pada Makanan Bayi

Tiada salahnya anda mahu memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai makanan.

Alternatif yang sihat untuk melakukannya ialah dengan memberikan sayuran dan buah-buahan segar. Dengan melenyek atau memberi buah-buahan atau sayuran lembut sebagai ‘finger food’, anak-anak dapat merasai pelbagai tekstur, rasa, dan bau yang ‘sebenar’.

Oh ya, madu juga boleh dicampurkan sedikit pada makanan bayi. Tetapi, harus diingat bahawa madu hanya boleh diberikan apabila anak mencecah umur 1 tahun.

Anda boleh juga membuat stok ayam sendiri yang bebas daripada perasa seperti gula, garam, atau MSG. Lihat caranya dalam artikel kami di sini: Cara Buat Stok Ayam & Bilis Untuk Bubur Bayi. Tanpa Garam & MSG!

hilangkan sakit gigi

Foto Kredit: phunukiueviet.com

Berapakah Jumlah Garam Yang Boleh Diberikan Kepada Anak Kecil?

Mungkinkah anda terfikir, “Ala, setakat bubuh 1 cubit garam saja takkan beri kesan buruk sangat?”

Walaupun amaun secubit garam ini mungkin berbeza, jumlah puratanya adalah sekitar ¼ gram.

Jika anda rujuk dalam jadual yang dipaparkan di bawah, jika setiap kali penyediaan makanan melibatkan ¼ gram garam, 3 kali makan sehari telahpun bersamaan dengan 0.75 gram garam. Ini belum lagi termasuk makanan lain seperti snek makanan jejari, susu formula, atau susu badan yang diambil oleh bayi dalam sehari!

Usia Jumlah Maksimum Pengambilan Garam Yang Disyorkan
0-12 bulan < 1 g
1-3 tahun 2 g
4-6 tahun 3 g
7-10 tahun 5 g
11 tahun ke atas 6 g

Sumber: bbc.co.uk

Maka, sebab itulah Dr Hema berpendapat bahawa menambah garam semasa memasak makanan bayi adalah sama sekali tidak perlu dan mampu memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang.

gula dan garam dalam makanan bayi

Cara Pemakanan Bayi Mencorak Dietnya Apabila Besar

Malaysia kini adalah salah satu negara yang paling berisiko terhadap obesiti atau berlebihan berat badan. Percaya atau tidak, salah satu puncanya adalah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak dengan makanan yang diproses atau makanan yang tinggi kandungan garam serta gula.

Oleh itu, apabila mereka semakin besar, mereka sudahpun serasi dengan makanan tersebut.

Kebanyakan ibu bapa berasa risau apabila anak-anak tidak mahu makan, dan akan mula mencari alternatif.Memang ada sesetengah anak yang susah sedikit apabila disuruh makan. Tetapi, kita perlulah konsisten dan tidak menawarkan pilihan makanan yang tidak berkhasiat.

Tentulah, jika anak-anak ini punya pilihan, mereka akan terus mengelak dan tidak akan memakan makanan ‘sebenar’!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×