Dapur

Resepi Begedil Kentang Simple Tapi Power. Lambat Basi Sebab Digoreng Dulu

288
SHARES
Resepi begedil kentang

Kalau makan soto atau bihun sup, ada orang mesti akan cari begedil dulu… Betul tak?

Bukan semua orang rajin nak buat begedil ni. Tapi sekali kalau ada, memang confirm makan bertambah. Memang sedap, ratah macam tu je pun boleh ralit tak tahu makan dah berapa ketul.

Begedil kentang ni walaupun nampak simple, mungkin ada yang bermasalah nak buat. Kadang-kadang tu serap banyak minyak, terlalu lembek, atau cepat basi dan sebagainya.

Kalau nak tahu rahsia dan resepi begedil kentang simple tapi power, jom kita tengok tips daripada Puan Faezah Tarmezi.

Ada step-by-step membuatnya sekali di bawah ini.

Resepi Begedil Kentang Simple Tapi Power

Setiap orang ada cara tersendiri nak buat begedil kentang ni.

Tapi maksud begedil bagi saya ialah:

  • kentang mesti digoreng dulu supaya lambat basi.
  • mesti pakai udang kering, lagi sedap.
  • mesti letak daun sup, baru kick.
  • mesti ada lada putih.

Di sini saya kongsikan resepi begedil kentang simple yang saya gunakan sejak dulu lagi.

Senarai bahan lengkap yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan

  • kentang
  • lada putih (tumbuk halus)
  • udang kering
  • daun sup, daun bawang (racik halus)
  • bawang goreng
  • garam
  • gula (untuk hilangkan rasa kelat kentang)

*semua bahan di atas disukat mengikut rasa masing-masing. Saya agak-agak je.

Cara-cara

1. Kupas, Goreng & Tumbuk Kentang

Mula-mula kupas, potong, goreng  kentang terlebih dulu.

Langkah ni penting untuk elakkan begedil cepat basi.

Kemudian tumbuk kentang yang dah digoreng tadi hingga lembut.

Resepi begedil kentang

2. Tumbuk Udang Kering

Saya perasakan begedil ni dengan udang kering.

Mula-mula rendam dulu sekejap, kemudian celur dengan minyak panas.

Kemudian tumbuk separa halus.

3. Tumbuk Lada Putih

Lada putih ditumbuk halus.

4. Satukan Semua Bahan

Satukan kesemua yang dah ditumbuk dan diracik halus termasuk bahan perasa. Kira semua sekalilah bahan di atas.

Resepi begedil kentang

Kemudian gaul rata.

Resepi begedil kentang

5. Bentukkan

Lepas tu boleh bentukkan ikut suka.

Resepi begedil kentang

6. Salut Telur

Kemudian pecahkan telur untuk disalut pada begedil sebelum digoreng.

Resepi begedil kentang

5. Goreng

Akhir sekali panaskan kuali dan bubuh minyak untuk menggoreng.

Goreng macam biasa hingga nampak kekuningan.

Tak perlu lama sangat sebab kentang dah dimasak tadi.

Bila dah masak, toskan dan angkat.  Sedia untuk dihidang

Resepi begedil kentang

Siap!

Dah siap tu bolehlah nak makan dengan soto atau sup. Mesti makin berselera dibuatnya.

Begedil kentang ni kalau ratah macam tu saja pun syok tau!

Semua cukup rasa dan paling best tak perlu risau nak dihidangkan sebab lambat basi.

Jadi, cubalah resepi begedil kentang yang simple dan sedap ni.

Kalau dah cuba nanti, jom share hasilnya dengan kami.

Kalau ada tips-tips lain, sudi-sudikanlah kongsikannya juga ya.

 

*Resepi begedil kentang ini dikongsikan oleh Puan Faezah Termizi menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan resepi ini, sila rujuk post asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top
×