Dapur

Resepi Ayam Goreng Ala-Ala KFC Yang Mudah & Confirm Rangup!

306
SHARES

Bila sebut ayam goreng, mesti teringat ayam KFC yang rangup tu. Sebenarnya, mudah je nak buat ayam goreng rangup sama macam KFC di rumah dan sesuai dinikmati seisi keluarga. Senang dan boleh buat berulang kali!

CAMPUR TEPUNG BESTARI & TEPUNG PAK LONG

Nak dapatkan ayam goreng sama macam KFC boleh ikut step by step yg kat bawah ni ye, caption ada di gambar. Saya campur tepung Bestari dengan tepung Pak Long. Anak-anak kata sama mcm sebijik ayam KFC, tak gaduh nak ke KFC dah. Kat rumah lagi sedap. Panas-panas lagi. Teknik ni saya belajar masa praktikal traning kt KFC 20 tahun lalu.

Rendam ayam yang dah dipotong-potong dengan tepung bistari sikit. Isi ayam akan lagi lembut dan rasa lebih menyerap.

Golek-golek ayam dalam tepung kering.

2 KALI CELUP AIR, 2 KALI CELUP TEPUNG..

Celup sekali lalu ayam yang baru lepas golek2 dalam tepung tu. Nampak tak tepung tu melekat-lekat. Tepung tu la yang akan buat jadi elok, akan ada kerak-kerak.

Golek ayam sekali lagi dalam tepung yang kering. Maksudnya 2 kali golek la.

GORENG DALAM MINYAK BETUL-BETUL PANAS

Dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas. kena pandai kawal suhu minyak. Mula-mula panaskan minyak betul-betul, dah masuk ayam slow kan sikit api dapur. Slow sikit je jangan slow terus.

SIAP!

Senang kan? Boleh la cuba nanti 🙂

Sumber: Nera Azlin

Most Popular

To Top