“Sedap juga kalau buat ayam bakar ni”
Menu bakar seperti ikan bakar dan ayam bakar semestinya menjadi antara juadah yang digemari oleh orang ramai. Bila pergi sahaja makan di restoran lauk campur, ayam bakarlah yang menjadi menu wajib dan dimakan bersama nasi putih. Namun, bila dah masuk ‘musim PKP’, tiada lagi kebebasan untuk kita menjamah secara dine-in dan waktu perniagaan pun terhad.
Oleh itu, kalau teringin nak makan ayam bakar apa kata anda buat sahaja di rumah. Paling memuaskan hati adalah saiz hidangan yang anda boleh buat adalah besar dan tidak memerlukan kos yang tinggi! Selamat mencuba!
Resepi Ayam Bakar Cili Padi
1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Bahan kisar
1 batang serai
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (boleh adjust kalau nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam (kalau takmau guna boleh ganti belacan)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
– Semua bahan ni kisar atau tumbuk
Cara-caranya
– Campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais
– Bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pada oven memasing. Tengok-tengok api, jangan kering sangat. Biar isi ayam tu lembab-lembab sikit. Boleh jugak bakar guna kuali ajaib, pandai-pandai adjust api.
Sumber: Siti Aisyah