Dapur

Semudah ABC, Ini Resepi Aiskrim Kacang Merah Homemade Lemak Berkrim & Confirm Gebu!

6.8K
SHARES

Panas lit lit ni memang seronok kalau dapat makan makanan yang sejuk. Segar rasa badan.

Kalau dapat makan aiskrim, bukan setakat anak-anak suka, ibu dan ayahnya pun tumpang sekali kan?

Apa kata kita cuba aiskrim Malaysia perasa kacang merah yang dikongsikan oleh Puan Siti Zanariah Khalit ni. Nampak sedap sangat….!

Boleh buat stok untuk makan sendiri atau buat jualan juga. Mesti laku keras dan kejap je habis.

Jom tengok resepi aiskrim kacang merah versi aiskrim Malaysia yang mudah ini.

Resepi Aiskrim Kacang Merah Homemade Versi Aiskrim Malaysia. Mudah, Lembut Gebu & Confirm Sedap!

Semalam saya penuhkan peti sejuk dengan beberapa jenis aiskrim Malaysia. Tak jual. Hanya untuk kami sekeluarga. Cukuplah untuk seminggu.

Aiskrim kacang merah ni kegemaran saya dan suami. Belum sempat beku dia dah makan beberapa batang.

Resepi aiskrim kacang merah

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • Gula – jika perlu (saya tak letak)
  • 2 tin kacang merah – cuci
  • Pewarna merah
  • Daun pandan – disimpul
  • Sedikit garam

Bahan B

  • 2½ sudu besar tepung ubi
  • 2½ sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara

1. Kisar Kacang Merah

Mula-mula, kisar kasar 1 tin kacang merah dengan sedikit air yang sudah disukat.

2. Satukan Bahan A

Satukan 1 tin kacang merah yang dah dikisar tadi dengan bahan A yang lain.

3. Masukkan Kacang Merah (Yang Tak Dikisar) Dalam Plastik Aiskrim

Tadi ada 2 tin kacang merah kan.

1 tin kacang merah lagi yang tak dikisar tu kita masukkan dalam plastik aiskrim.

Setiap satu plastik masukkan 7-8 biji kacang. Dalam plastik, tekan sedikit kacang supaya sedikit penyek.

4. Bancuh Bahan B

Kemudian bancuh bahan B menggunakan sedikit air dari bahan A.

Larutkan.

5. Satukan Bahan A & B

Seterusnya satukan bahan A dan B dalam periuk.

Masak dengan api sederhana sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.

Tunggu dan biarkan ia sejuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik aiskrim.

6. Tuang Dalam Plastik Aiskrim

Masukkan bancuhan aiskrim ke dalam plastik yang sudah berisi kacang merah tadi.

Biarkan beku dalam peti ais semalaman

*Tips :

– Susu cair boleh digantikan dengan santan pekat anggaran 500-600gm

– Kalau tak mahu guna susu pekat, gantikan dengan gula pasir pun boleh.

Siap!

Haa, dah siap pun aiskrim kacang merah homemade ni.

Nampak sedap kan?

Mudah je cara nak membuatnya. Puas hati kalau buat sendiri, bolehlah makan ramai-ramai satu famili.

Yang suka kacang merah tu bolehlah bubuh ekstra kacang merah… Fuh, mesti best.

Apa tunggu lagi. Jom cuba!

 

**Resepi aiskrim kacang merah homemade dan tips ini dikongsikan oleh Puan Siti Zanariah Khalit menerusi Facebook. Ia telah diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×