Dapur

Cara Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum. Disalut Coklat, Gebu Di Dalam

2.4K
SHARES

Sekarang ni macam-macam versi aiskrim Malaysia yang dijual kan? Terbaru, ada aiskrim Malaysia ala Magnum yang makin viral.

Bayangkan dapat makan aiskrim sejuk-sejuk sambil gigit salutan coklat kat luar tu… Pergh, sedapnyaa!

Jom kita tengok resepi aiskrim magnum yang dikongsikan oleh Raja Amanina ni.

Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum

Inilah kejadian aiskrim ala Magnum yang dibuat malam tadi. Dah selamat mengeras dengan jayanya.

Memang sedap!

Ni cara nak buatnya.

Bahan Untuk Aiskrim Vanila

  • 2cawan whipping krim (dairy)
    *Saya guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair @ susu fullcream pun boleh je
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil ovellate
  • Sedikit esen vanila

Bahan Untuk Salutan Coklat

  • 350gm coklat masakan & dark chocolate (apa-apa brand pun boleh je. Saya guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)

Cara-cara

1. Putar / Blender Bahan Aiskrim Vanila

Mula-mula campurkan kesemua bahan lepastu putar dengan mixer @ blender hingga kembang gebu (saya pakai blender je).

Mixer @ blender hingga adunan jadi kembang 2 kali ganda.

2. Double Boil Coklat

Kemudian double boilkan coklat hingga cair.

Tunggu coklat suam sikit.

3. Ratakan Coklat Dalam Plastik Aiskrim

Seterusnya masukkan coklat yang dah double boil tadi ke dalam piping bag.

Lepas tu picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.

Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat.

Jangan risau salutan coklat tu tak perlu mengeras. Kalau tunggu mengeras nanti dia tak bersalut dengan ais krim.

2. Tuang Adunan Aiskrim

Disebabkan coklat tu pekat, jadi bila ratakan dalam plastik tu, coklat akan melekat kat keliling plastik. Tengah-tengahnya automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim kat tengah.

So boleh tuang macam biasa. Kalau dah mengeras nanti dia tak bersalut dengan ais krim.

Kalau nak lagi senang buat pendek-pendek je. Saya potong sikit plastik aiskrim tu.

3. Sejukkan

Akhir sekali sejukkan dalam peti ais selama 5-6 jam atau semalaman.

Siap.

Bila dah sejuk, macam nilah kejadiannya.

Fuh, Sedapnya… Terliur Tengok!

Nampak sedap kan? Rupanya tak susah pun.

Jom kita cuba buat kat rumah!

 

*Resepi aiskrim magnum ini dikongsikan oleh Raja Amanina menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan bokeh rujuk post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×