Famili

Pulau Pinang & Kedah Negeri Paling Ramai Rekod Miskin Tegar, Apa Puncanya?

1
SHARES
miskin tegar

Menerusi laporan media, Pulau Pinang dan Kedah merupakan negeri yang memiliki jumlah teramai bilangan isi rumah miskin tegar di negara ini.

Menurut jawapan bertulis dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Pulau Pinang mencatatkan 1,650 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan ia membabitkan 4,994 ahli isi rumah (AIR) miskin.

Baca juga: Seramai 189,580 Peminjam PTPTN Tak Buat Pembayaran Semula Tapi Terima Bantuan STR

BILANGAN MISKIN TEGAR DI PULAU PINANG & KEDAH PALING RAMAI

miskin tegar

Bagi Kedah pula seramai 1,290 KIR dan ia membabitkan 5,303 AIR. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, seramai 7,308 KIR miskin tegar melibatkan 25,144 AIR dengan jumlah keseluruhan 32,452 orang sehingga 31 Oktober lalu.

Beliau turutu menjelaskan bahawa kaum Melayu merupakan paling tinggi KIR miskin tegar dengan 4,523. Bumiputera mencatatkan 1,480, India (717), Cina (485), lain-lain (99) dan empat KIR orang asli.

Tambah beliau juga, sistem e-Kasih dibangunkan pada 2007 oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebagai satu pangkalan data kemiskinan nasional, bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia.

Katanya, sistem sama bertujuan mengklasifikasikan kategori golongan miskin di Malaysia sama ada mereka tergolong dalam kalangan miskin tegar dan miskin.

“Data e-Kasih bersifat dinamik dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan disalurkan kepada agensi pemberi bantuan bagi pelaksanaan program kesejahteraan rakyat. Data yang telah dimasukkan ke dalam Sistem e-Kasih, akan dibuat pemutihan sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

“Sebagaimana Sistem eKasih disepadukan dengan sistem daripada agensi-agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran dan pejabat zakat negeri. Maka ianya akan turut disepadukan dengan Sistem Padu,” jelasnya.

Perincian data adalah seperti berikut:

miskin tegar

Baca juga: Cara Kemaskini STR Fasa 1 Tahun 2025, Kena Buat Sebelum 30 November ini!

Sumber: Utusan Malaysia

Kredit imej: OECD Development Matters

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×